“Pengalaman menjadi isteri memang menakjubkan” Elisya Sandha

6,767 views

Kini dah hampir satu minggu pelakon Elisya Sandha telah bergelar isteri kepada pasangannya Uzair Haqimy, anak kepada pasangan selebriti terkenal pelakon Sheila Rusly dan juga pengarah Jinggo.

Semalam, Elisya telah membuka ruang kepada pemintanya untuk bertanya soalan tentang dirinya dan sudah tentu para peminat mengambil peluang bertanya tentang perasaannya setelah bergelar isteri.

How do you feel apabila telah bergelar sebagai seorang isteri?” Itulah pertanyaan seorang peminatnya.

Jelas adik kepada Fasha Sandha ini, perkahwinan merupakan satu amanah daripada Allah dan akan membuatkan seseorang itu mengenal erti tanggungjawab.

Sejujurnya, saya rasa ini merupakan satu amanah dari Allah yang Maha Esa untuk seseorang itu menjadi lebih bertanggungjawab.

Jelas Elisya Sandha lagi, menjadi seorang isteri merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan ianya amat menakjubkan.

Being a wife is incredible and I cannot wait to see everything that continue to change.

Kemudian, ada seorang lagi peminat yang tanya adakah Elisya ada buat solat istikarah untuk mencari petunjuk sebelum mengahwini suaminya.

Kata Elisya, sudah tentu dia ada melakukannya: “Of course, perkahwinan ini sesuatu yang tiada jaminannya. Kena buat istikarah dan kemudian kita kena bertawakal.

Ada seorang lagi yang bertanya, mengapa dia buat keputusan untuk berkahwin tatkala kerjayanya sudah sampai kemuncak, ini jawapan dari Elisya Sandha.

Adakah memang industri seni di Malaysia ni ada fikiran yang macam ni. Saya ni bukannya seorang Tuhan yang boleh pilih jodoh datang bila. Jodoh saya datang awal, dan saya terimanya. Seratus peratus saya percaya pada Illahi dan percaya rezeki itu datang darinya.

Seorang lagi peminat tanya, macam mana sebenarnya kenal dengan Uzair, dan Elisya Sandha menjawab pertemuan dengan Uzair Haqimy merupakan satu kisah yang agak panjang untuk diceritakan.

Itulah jawapan dari pertanyaan oleh para peminat kepada Elisya Sandha. Semoga Elisya dan Uzair Haqimy akan bahagia melayari bahtera rumah tangga.