Kini sudah diketahui lokasi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad yang ditahan di sebuah condominium di Bangkok. Ramai yang tertanya macam mana Sajat boleh loloskan diri ke negara jiran. Maklumlah Sajat seorang yang ama dikenali ramai.
Melalui laporan dari portal Harian Metro, ada taktik dan upah yang dibuat oleh Sajat untuk lari dan bersembunyi di negara jiran.
Antara taktiknya ialah dengan memakai purdah dan niqab untuk mengelak identitinya dari dikenalpasti.
Sajat khabarnya memakai pakaian sedemikian dan dengan bantuan seorang lelaki, Sajat berjaya lari dari rumahnya di Petaling Jaya sampai ke sempadan sebelum masuk ke Thailand.
Nur Sajat membayar lelaki berkenaan sebanyak RM20 ribu untuk masuk ke negara jiran. Ini laporan dari portal Harian Metro tentang cara Sajat ke Bangkok.
“Sajat mulanya bersembunyi di Lembah Klang dan mula cari cara untuk keluar dari Malaysia setelah namanya diburu pihak JAIS dan polis. Sajat telah diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan segala jalan di kawasan sempadan Malaysia Thailand. Satu persetujuan dibuat dan Sajat membayar upah RM20ribu kepadanya untuk dia masuk sampai ke Bangkok.”
“Lelaki berkenaan mempunyai dua kerakyatan iaitu negara Malaysia dan juga Thailand. Siasatan lanjut sedang dibuat berkenaan individu berkenaan.”
Ini pula kronologi bagaimana Sajat masuk ke negara Thailand dengan bantuan lelaki berkenaan.
“Nur Sajat naik sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis dengan bantuan lelaki berkenaan.”
“Sampai di Padang Besar, Perlis, Nur Sajat masuk ke gerabak kereta api barang dan lolos ke Padang Besar, Thailand dengan lelaki berkenaan.”
“Lelaki itu kemudian bawa Nur Sajat ke Hat Yai. Nur Sajat kemudiannya dibawa oleh lelaki lain pergi ke Bangkok pula.”
Persoalan yang timbul bagaimana Sajat lepas semua roadblock, dikatakan Sajat mula bergerak dari Lembah Klang ke Perlis ketika PKPP yang agak longgar.
“Nur Sajat dan lelaki berkenaan dipercayaai lolos semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Di waktu itu, kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. Pihak berkuasa menyatakan kemungkian besar dia pergi sebelum 18 Mac kerana selepas tarikh itu PKP kembali dikuatkuasakan dan roadblock smenjadi ketat.”
“Tak pasti bagaimana dia boleh lolos dari Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun di waktu gambar Sajat sudah diedarkan. Yang pasti taktik dia adalah memakai purdah dan niqab dan dia berjaya lolos ke Thailand dengan bantuan lelaki berkenaan.”