Nur Sajat dah tukar nama baru, Bella namanya

46,929 views

Lokasi Nur Sajat kini sudah terjawab apabila berjaya di kesan di Bangkok Thailand. Hidup dalam buruan pihak berkuasa Malaysia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad, 36 tahun kini menggunakan nama baru.

Nama yang diguna pakai olehnya ketika ini ialah Bella. Nama berkenaan sememangnya amat terkenal di kalangan rakan-rakan Nur Sajat.

Dari laporan Harian Metro, setelah kini tukar nama dan dipanggil Bella, Nur Sajat sedang berlindung di Thailand setelah memperolehi kad perlarian UNHCR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat di Thailand.

Malah kerana ada kad berkenaan, Sajat dilihat semakin aktif ketika berada di sana dan portal berkenaan melabelnya sebagai berlagak kerana miliki kad UNHCR.

Dia dah naik tocang kerana menerima bantuan negara tertentu dan juga pihak UNHCR di Thailand. Walaupun dipantau pihak imigresen negara berkenaan dan kena report diri setiap 14 hari, namun Nur Sajat dilihat amat aktif di negara berkenaan selepas ditahan dan dibebaskan pada bulan ini.

Kebanyakan aktivitinya dilakukan di dalam kondominium mewah berkenaan. Sesekali dikhabarkan Nur Sajat akan keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya.

Sebelum ini juga, Sajat ada beberapa kali menggunakan rakan dan pembantunya untuk membuat muslihat kononnya dia masih di Malaysia.

Dia ada pembantu yang upload status di Instagram kononnya Sajat masih ada di Malaysia, sebelum ini di Danga Bay, Johor pada bulan Ogos lepas.

Memang licik sehinggakan ianya dilaporkan oleh portal media. Tindakan itu hanya muslihat dan mencabar pihak berkuasa, kerana sebelum ini pihak berkuasa sudah mendapat maklumat bahawa Sajat dah pun lepas diri ke negara jiran itu.

Nur Sajat mendapat kad UNHCR setelah diburu pihak berkuasa Malaysia dan kini mahu berpindah ke Australia.

UNHCR Bangkok sudah sediakan peguam untuknya dan dalam proses membantu Nur Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok untuk berpindah ke Australia.

Ada beberapa pertubuhan giat menghalang cubaan pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang Nur Sajat pulang ke negara ini untuk dibicarakan di atas kes nya.