Serbuan dibuat, Sajat ditahan di sebuah condominium mewah di Bangkok

12,798 views

Kisah usahawan Nur Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad yang menyorok akhirnya telah berakhir apabila Sajat ditahan pihak berkuasa.

Nur Sajat telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada tarikh 8 September yang lepas.

Semuanya terbongkar setelah pihak berkuasa dari Malaysia memberi maklumat kepada pihak berkuasa Thailand tentang kes Nur Sajat.

Ketika ditahan, Sajat ada bersama seorang lelaki yang turut mempunyai perwatakkan wanita di sebuah condominium mewah di Bangkok.

Pada tarikh 4 Jun, pihak imigresen Thailand dapat mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah condominium mewah di tengah bandar Bangkok.

Hasil risikan lanjut, pada 8 September sekitar jam 6 petang satu serbuan telah dibuat di lokasi berkenaan dan berjaya menahan Nur Sajat.

Setelah disemak, pihak imigresen Thailand mengesahkan Sajat merupakan individu yang sedang dalam pelarian serta dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Passport Sajat juga sudah dibatalkan oleh kerajaan Malaysia.

Lelaki yang ditahan bersama Sajat itu pula merupakan seorang warga negara dari negara Thailand.

Setelah serbuan, Nur Sajat dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen.

Satu hari selepas ditahan, pada 9 September, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand dan kemudian telah dibebaskan pada 10 September dengan jaminan RM8ribu lebih. Ianya dibuat oleh seorang warga tempatan Thailand.

Individu yang membayar wang jaminan dan menguruskan Sajat di sana bernama Misha.

Ketika ini Sajat masih berada di rumah condominium di Bangkok dan kena datang ke pejabat imigresen setiap 14 hari.

Pihak berkuasa dari Malaysia kini sedang berusaha untuk membawa Sajat pulang ke Malaysia.

Usaha sedang dibuat untuk bawa Sajat balik ke negara ini dan dihadapkan ke mahkamah berkenaan kes memakai pakaian wanita.

Rundingan sememangnya agak sukar namun pihak berkuasa yakin akan dapat bawa pulang Sajat. Ianya jadi sukar sebab ada campur tangan pertubuhan tertentu yang cuba menghalang.

Laporan tentang Sajat ini dibawa khas oleh pihak media Harian Metro. Kita tunggu perkembangan lajut tentang Nur Sajat selepas ini sma ada berjaya di bawa pulang ke Malaysia atau tidak.