Pasangan suami isteri Johan Raja Lawak dan Ozlynn Wati telah pun selamat menerima kehadiran anak ke enam baru-baru ini. Ramai yang tahu bahawa Ezlynn sebenarnya sedang hamil, tup tup dah bersalin.
Setelah melahirkan anak yang ke enam ini, Ozlynn memberitahu dia dah pun memutuskan untuk tidak lagi mengandung selepas ini. Bak kata orang, dah tutup kilang.
Ozlynn menambah, Johan juga dan izinkan dan memberi kebenaran untuk Ozlynn tutup kilang.
Mereka berdua amat bersyukur dengan segala rezeki anak yang dikurniakan dan dapat menikmati anak buat kali keenam ini.
“Syukur sangat, kami masih dapat peluang nikmat sekali lagi, kami bermata panda pada malam hari. Rebut-rebut nak gendong bayi. Kami dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri. Akhirnya suami kata, okey cukuplah setakat ini saja.”
Dalam pada itu, Ozlynn berpesan agar kepada mereka yang masih menunggu untuk menerima kehadiran cahaya mata, diminta bersabar dan tak putus asa.
“Kadangkala tak kita sedar, ada saja nikmat lain yang Allah dah berikan. Namun kami doakan agar Allah akan beri peluang rasai nikmat hamil, melahirkan zuriat dan membesarkan anak yang dikandung badan.”
Ozlynn telah selamat melahirkan anak keenamnya pada 3 September lepas dan pasangan suami isteri ini memang tak ada buat pengumuman bahawa Ozlynn sedang hamil.
Mereka berdua juga telahpun memilih nama anak keenam itu. Memang sedap namanya.
“Syukur alhamdulillah baby sekarang dah genap 21 hari usianya. Namanya ialah Nur Latifah Cherdiq Hanania dilahirkan pada hari Jumaat yang indah, 3 September 2021. Nama yang dipilih ini lama dah simpan, sejak tujuh tahun lalu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.”
Johan dan Ozlyn berkahwin pada tarikh 25 Julai tahun 2009.