Ayu Raudhah terpeluk Aidil, salah orang ingat suaminya Zaquan

6,112 views

Siapa yang tak kenal dengan dua pemain bola sepak kembar yang terkenal iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha.

Bukan saja hebat bermain di kelab, mereka berdua ini turut bermain bola sepak mewakili Malaysia dan pernah bermain serentak. Aidil memang diketahui amat hebat di bahagian pertahanan manakala Zaquan pula merupakan pemain di posisi striker.

Sebenarnya mereka berdua ini bukan saja terkenal di atas padang, mereka juga selalu dikaitkan dengan kisah dengan selebriti.

Malah kedua-dua mereka memiliki pasangan yang amat terkenal di Malaysia. Aidil pernah berkahwin dengan Rita Rudaini dan kini berkahwin dengan influencer Zarema Zainal manakala isteri kepada Zaquan Adha ialah pelakon popular Ayu Raudhah.

Ini ada satu kisah yang agak menarik yang diceritakan oleh Zaquan Adha tentang isterinya Ayu Raudhah.

Melalui satu sesi tembual live bersama pengulas sukan, Hafizal Hamad, Zaquan akui isterinya pernah tersilap orang, dan terpeluk Aidil Zafuan. Ayu terkeliru kerana mereka ini memang kembar yang amat seiras.

Dia pernah peluk abang, Aidil tau, dia salah orang” Kata Zaquan ketika sesi live itu.

Ayu jangan buat selalu ye Ayu.” kata pengacara sukan kepada Ayu yang sedang tergelak di belakang kamera.

Kemudiannya Ayu Raudha ada berkata dia kemudian meminta Zaquan untuk berambut panjang memandangkan Aidil lebih gemar dengan rambut pendek kemas.

Rambut panjang, sebab tu lah biar rambut panjang, baru tak sama.” Kata Ayu Raudhah.

Aidil dan Zaquan juga akui sebenarnya banyak momen yang mana ramai keliru antara mereka. Ada ketika Zaquan yang buat hal namun Aidil pula yang kena.

Yang cari hal adik, tapi orang tu cari saya” kata Aidil Zafuan mengenang insiden berkenaan. Ini videonya. Tapi cuba tengok part last tu, lawak si Zaquan ni sakat Aidil.

Dek kerana selalu hal ini terjadi, Aidil dan Zaquan selalunya membiarkan saja, dan tak berapa kisah sekiranya ada yang tersilap orang.

Untuk info, dikalangan keluarga, rakan-rakan atau di atas padang, Aidil Zafuan lebih dikenali dengan nama Abang manakala Zaquan Adha pula dipanggil Adik.