“Wanita lain happy pergi butik LV, saya lagi happy pergi pasar tani” Farahdhiya

2,876 views

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya memang seorang yang lain dari yang lain. Berbeza fikiran seiring dengan usianya yang kini dah masuk ke 37 tahun.

berbanding wanita lain yang akan happy kalau dapat ke butik mewah, Farahdhiya akui dia cukup gembira sekirannya dapat pergi ke pasar tani untuk membeli barang basah, keperluan rumah.

Wanita lain akan gembira dapat pergi ke butik LV atau Louis Vuitton, tetapi saya pula lebih gembira jika dapat pergi ke pasar tani.” Itu antara kata-kata penyanyi ini.

Farahdhiya berkata sedemikian ketika sedang memasak di satu video yang dimuatnaik di laman media sosial miliknya baru-baru ini.

Jelas Farahdhiya lagi, dia amat happy dapat ke pasar sebab dapatlah dia beli pelbagai barang seperti sayur-sayuran, dan makanan mentah, atau barang di dapur.

Apabila wanita lain happy dapat ke LV, saya pula amat seronok dapat pergi pasar tani. Dapat beli sayur kampung, siput sedut dan macam lagi lah.

farahdhiya berkata memang berbeza kalau beli barang basah di shopping mall kerana kadangkala banyak barfang yang tiada berbanding di pasar tani.

Kalau kat mall, lain, memang payah sikit nak cari barang lauk (barang mentah).” Itu penjelasan Farahdhiya lagi.

Farahdhiya muatnaik video menunjukkan dirinya sedang memasak lauk siput sedut sambil membuka lagu anak orang kampung dilatar belakangnya.

Lauk berkenaan merupakan makanan kegemaran arwah bapanya, Mohd Amin Zubir yang telah pun pergi buat selamanya tahun lepas.

Ini merupakan lauk favorite arwah ayah saya, iaitu asam rebus batang keladi dengan siput sedut.

Diruangan komen ramai yang memuji kehebatan Farahdhiya memasak. Selain itu ada juga rakan artis iaitu Ika Nabella yang berkat aterserempak dengan Farahdhiya ketika berada di pasar tani.

Farahdhiya sememangnya antara artis yang rajin muatnaik video memasak di laman media sosial miliknya. Sedap semuanya.