Siapa yang tak kenal dengan nama King Coco, nama yang pernah menajdi terkenal beberapa tahun lalu.
Namanya terpalit dengan beberapa isu yang membuatkan diri King Coco menjadi influencer terkenal atau Instafamous.
Antara yang menjadi perbualan tentang King Coco ialah gaya cakap pelatnya yang seakan berasal dari negara eropah selain kisah peribadinya.
Sebelum ini kisah peribadi King Coco menjadi sensasi ketika berkahwin dengan seorang pilot bernama Captain Azrin.
Dalam perkembangan terkini, King Coco telah membuat pengumuman khas bahawa dia kini bukan lagi isteri kepada Azrin.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh King Coco menerusi satu video yang diupload di laman Instgaram miliknya.
King Coco menyatakan dia terpaksa buat pengumuman berkenaan untuk menjelaskan status dirinya ketika ini.
“Actually saya tak nak buat video ni, saya taknak cerita tentang personal life saya. Tapi nampak macam saya kena buat juga sebab ada orang yang telah kacau dan saya kenalah cerita.”
“Sekarang ni saya dah lama dah tak kahwin, no longer married malah saya juga dah habis edah. Dah lama pun.”
“Saya sekarang jalani hidup lama saya tanpa kekasih ataupun husband di sisi. Penjelasan untuk semua, harapnya dapat tepati apa yang perlu saya jelaskan.”
Itulah penjealsan dari King Coco tentang status terbaru dirinya. King Coco dan Azrin Anas berkahwin pada bulan Januari tahun2017 dan sepanjang perkahwinan telah dikurniakan dua orang anak.
Selain itu, King Coco juga telah sound Caprice agar jangan masukkan dirinya dalam isu lain. Ini setelah Caprice ada muatnaik satu entry meminta nombor King Coco agar boleh buat video yang seakan menyindir seseorang.
“Kata Carpice tu saya taknak kena mengena dengan dia. Jangan masukkan diri saya kalau nak sindir orang lain.” Jelas King Coco.
Ini videonya.
Gambar ini merupakan komen dari Caprice yang meminta nombor King Coco untuk buat video call.
Apapun kita doakan agar yang baik saja buat King Coco.