Sejak beberapa hari ini, nama King Coco kembali singgah di merata portal dan juga laman media sosial. Instafamous ini, akui dirinya kini dah solo setelah sah berpisah dengan suami bernama Azrin.
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, mula jadi perhatian setelah buat satu video menerangkan status terkini dirinya. Dia telahpun habis edah, setelah berpisah sejak awal tahun ini.
“Kami berpisah sejak awal tahun ini, tiada kaitan dengan orang lain sebab ianya dibuat setelah kami berbincang dengan baik. Hubungan kami masih lagi baik.”
King Coco turut memberitahu bahawa kedua-dua orang anaknya kini tinggal bersamanya.
“Seratus peratus anak-anak duduk dengan saya sekarang ini.” Jelas King Coco.
Sejak King Coco kembali single, namanya telah dikaitkan dengan penyanyi terkenal Caprice. Menjawab ada idea dari netizen bahawa mereka patut bersama, menjalinkan hubungan, ini jawapan dari King Coco.
“Tak mahulah saya, tak nak kena bang bang. Saya memang kenal dan berkawan dengan dia. Tapi taklah terus hubungan ke tahap lain, biarlah sebagai kawan. Nanti jadi Caprice campur Coco jadi coco rice.”
“Caprice tak tepati citarasa saya, sorry Cap. Langsung tak ada.” Jelas King Coco lagi.
Tentang post dari Caprice di Instagram, tentang kisah perpisahannya dengan bekas suami, King Coco berkata dia dan Caprice tiada sebarang masalah, semuanya okey saja.
“Caprice ada cakap dan minta maaf dan tak tujukan pada saya. Ianya hanya jenaka dan hanya bergurau. Saya pun tak kenakan apa tindakan pada dia, hanya gurau saja.”
King Coco juga masih lagi terbuka untuk berkahwin lagi namun bukanlah pada masa yang terdekat ini.
“Nak kahwin tu mestilah ada. Tapi bukan sekarang lah, kekasih pun saya tiada lagi.” Kata King Coco.
King Coco dan Caprice juga telah berjumpa baru-baru ini. Mereka dikatakan macam serasi apatah lagi mempunyai satu persamaan ketara iaitu percakapan dalam Bahasa Melayu yang pelat.