Ibu kepada dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh disahkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sabariah Arshad, 64 tahun pergi buat selamanya pada jam 11:54 malam tadi di Hospital Selayang.
Dari laporan Berita Harian, arwah pergi akibat serangan asma dan komplikasi penyakit yang dihidapi olehnya.
Kisah ini diceritakan oleh rakan kepada Ali yang juga pelawak iait Achey dari kumpulan Bocey.
Achey mengesahkan berita berkenaan berita tentang pemergian arwah yang dipanggil Mak olehnya.
“Isteri call saya dan cakap keadaan mak Ali Puteh kurang baik, Semasa itu saya dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan kerja. Mak Ali yang sedang dirawat di ICU, Hospital Selayang, semakin merosot.”
“Memang saya tahu keadaan kesihatan arwah tak berapa baik akhir-akhir ini. Arwah ada kencing manis, dan bergantung pada mesin dialysis. Malah arwah juga ada masalah peparu berair.”
“Apabila saya contact Ali, dia dah maklumkan bahwa arwah baru dah pun hembuskan nafas terakhir. Arwah telah dimasukkan ke zon kritikal kerana serangan asma dan pelbagai komplikasi penyakit sejak hari Selasa lepas.”
Kata Achey, setelah menerima berita berkenaan, dia terus berpatah balik dan bergerak ke Hospital Selayang.
“Dapat tahu saja tentang berita pemergian arwah, saya buat keputusan untuk patah balik dan terus gegas ke hospital untuk menziarahi arwah dan juga Ali serta ahli keluarga yang lain. Ianya adalah untuk beri kata semangat pada mereka.”
Achey juga mengesahkan arwah tidak dijangkiti covid dan akan diuruskan sebagai jenazah biasa, secara normal.
Arwah ibu kepada Ali Puteh dan Abam Bocey akan disemadikan tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas solat Jumaat hari ini. Alfatihah dan mari kita doakan.