“Help, masih tak percaya, kami pun terkejut” Datin Seri Heliza

12,828 views

“Di dalam perjalanan untuk mencari syurga cinta, semuanya kerana Allah akhirnya. Kalian semua percaya tak. Kak Ja punmacam tidak percaya lagi ni.”

Itulah antara caption yang ditulis sendiri oleh pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi setelah selamat bergelar isteri kepada suaminya, Datuk Seri Mahadi pada tarikh 1 Januari yang lalu.

Dari beberapa gambar dan video, Heliza ada meluahkan rasa tidak percayanya bahawa dirinya kini akhirnya dah berumahtangga.

Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.” Ini satu lagi rangkap ayat yang diluahkan oleh Heliza Helmi.

Jelas Heliza apa semua yang terjadi, sudah pun tertulis dan merupakan aturan dari Illahi.

“Kun fayakun. Jika mahu jadi maka akan terjadilah. Kalau Allah mahukan sesuatu, maka apa pun akan terjadi. Maka dengan izin serta kekuasaan Illahi, maka terjadilah kami berdua sebagai satu pasangan suami isteri.”

“Tidak ada daya upaya kami melainkan dari Allah. Amat bersyukur dengan semua yang Allah aturkan. Tolong, saya masih tak percaya ni.”

Penyanyi yang terkenal dengan perjuangan kemanusiaan ini turut sempat berterima kasih kepada suaminya Datuk Seri Mahadi, kerana menerimanya sebagai isteri.

“Terima kasih kepada suami saya kerana sudi memperisterikan diri saya ini yang bukannya sesiapa pun. Apa yang paling berharga ialah keluarga.”

Dalam pada itu Heliza turut berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis perkahwinannya, yang terdiri dari ramai agamawan.

“Tak tahu nak cakap, hampir semua yang jumpa kami, mereka akan sebak sampai nak menitis air mata sebab gembira. Mereka doakan yang baik untuk kami, sedangkan kami ni bukan siapa pun.”

“Hampir separuh dewan penuh dengan agamawan, para asatizah, malah ada yang sanggup membatalkan rancangan lain semata mahu hadiri majlis ini.”

Heliza dan Mahadi bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan perkahwinan mereka memang mengejutkan ramai pihak.

Suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi merupakan presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang pelaburan kewangan.