Dato Seri Vida tak setuju Ashira cuci pinggan “Dia ada potensi RM1000 sehari”

4,075 views

Datuk Seri Vida antara individu yang mengambil berat tentang keadaan pasangan selebriti Ashira dan suaminya Bad Indigo.

Kedua-dua peserta Gegar Vaganza ini telah diuji setelah Bad terpaksa jalani pembedahan di kakinya akibat diabetes.

Kemudian ada laporan mengatakan Ashira telah ambil upah membasuh pinggan dan bekerja di sebuah kedai makan untuk mencari duit sampingan.

Dato Seri Vida berpendapat, Ashira sebenarnya berhak mendapat pekerjaan yang lebih sesuai, memandangkan dirinya mempunyai bakat serta memiliki wajah yang cantik.

“Dengan kecantikan yang Ashira ada, dia boleh kerja lain yang halal dan lebih daripada cukup untuk menampung hidup. Terutama kos rawatan suaminya.”

“Memang saya kasihan dengan dia. Dia ikhlas berkahwin namun tidak lama kemudian, telah diduga, suami pula sakit. Lihat Ashira ni memang tabah dan menelan saja kepahitan hidup yang dilaluinya.”

“Saya dah berjumpa dengan mereka. Jujur saya sayu dengan nasib mereka. Saya tak mahu Ashira hanya kerja sekadar cukup makan saja sebab tuntutan hidupnya adalah lebih dari itu.”

Namun begitu, Dato Seri Vida bukanlan memandang rendah kerja mencuci pinggan. Ini penjelasan lanjut Dato Seri Vida.

“Saya tak ada sesekali pun memandang rendah mereka yang bekerja sebagai tukang cuci pinggan.”

“Jika tiada pekerja cuci pinggan, memang tak boleh juga. Apa yang saya cuba sampaikan tentang Ashira ialah saya mahu dia dapat rezeki lebih lagi, bukan hanya sekadar cukup makan.”

“Upah cuci pinggan mungkin dapat RM20 sehingga RM30 satu hari walhal dia ada potensi untuk raih pendapatkan sehingga RM1000 satu hari. Itulah yang saya maksudkan.”

“Saya tahu, kos rawatan suaminya itu bukanlah murah. Saya tahu Ashira lebih dari berkemampuan dapat gaji RM1000 satu hari berbanding RM20 ataupun hanya RM30 satu hari.”

“Orang mengata saya konon saya pandang rendah orang cuci pinggan. Saya nak bagitau, kalian tak berada di tempat Ashira.”

“Suaminya paling kurang kena cuci luka kaki dua kali sekali. Bukan jari kaki saja, dia dah potong sampai separuh tapak kaki. Mereka kat luar tu semuanya tak tahu tentang itu.”

Tentang bantuan yang diberikan, Dato Seri Vida tak mahu cakap secara detail kerana nanti ada yang kata menunjuk.

“Saya tidak mahu cerita sebab orang akan cakap saya ni menunjuk pula. Kos rawatan kita akan bantu tapi saya tak boleh bantu selamanya. Kerana itu saya nak Ashira diberi kerja yang setimpal dengan bakat yang ada dalam dirinya.”

Itulah kenyataan dari Dato Seri Vida tentang kisah Ashira, seperti yang dilaporkan oleh portal Kosmo.