Shuib akui ada kenal seseorang “Hanya berkawan dulu”

2,348 views

Sudah lima bulan Siti Sarah Raissuddin pergi buat selamanya, dan sudah lima bulan Shuib Sepahtu hidup sebagai bapa tunggal.

Ada yang dah mula bertanya adakah Shuib akan mencari pasangan hidup terutama untuk menjaga dirinya dan juga anak-anaknya.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Shuib ada berkata bahawa dia kini ada mengenali seseorang.

Namun, Shuib menjelaskan hubungan itu baru lagi dan masih terlalu awal. Shuib juga hanya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.

“Ya memang ada kenal orang baru, namun ianya hanyalah kawan saja dulu buat sekarang ni. Saya tak berani nak cakap banyak. Harapnya semua baik-baik saja. Saya serahkan semuanya kepada Allah.”

“Kalau nak cakap tentang soal apa yang berlaku akan datang, saya sendiri pun tak tahu.”

Itulah antara komen Shuib. Pelawak dan pelakon ini berkata, ibunya pun ada tanya tentang hal ini, untuk cari pengganti pasangan hidup, namuan Shuib sebenarnya belum sedia lagi nak dikir tentang itu.

“Ibu saya pun ada cakap dengan saya agar saya berkenalan dengan orang. Tapi saya fikir macam mana orang nak terima saya ni, dengan anak empat.”

“Apapun, kalau ingin mencari jodoh kenalah ada persetujuan dari ibu dan anak-anak saya. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tak okey memang tak jadi. Sekarang ini saya serah segalanya kepada Allah.”

Tentang cakap-cakap orang kononnya temph lima bulan ini masih terlalu awal untuk cari pengganti, Shuib berkata, dia tak ambil pandangan orang lain. Yang utama ialah padangan dari ibu serta ahli keluarganya saja.

“Contoh jika saya kata dah lima bulan Sarah pergi, dan kini mahu cari jodoh, nanti akan ada orang kata dulu beria-ria sedih sangat, tapi sekarang macam cepat sangat nak cari jodoh.”

“Tapi ada juga pihak lain pula kata betullah, kalau hidup seorang diri nak buat apa. Jika tertekan sorang siapa yang mahu tanggung.”

“Oleh itu, saya ni tak perlulah nak dengar sebab memang banyak sangat pendapat orang luar.”

“Sekarang saya hanya perlu dengar pendapat dari ibu dan juga ibu bapa mertua serta keluarga saya. Kerana yang ada bersama saya bukannya netizen, tetapi hanya family saya.”

“Kalau saya menangis dan buat apa di rumah sekalipun, tidak ada netizen datang dan tanya khabar, saya okey atau pun tidak okey. Oleh itu, saya hanya nak fokus dengan kehidupan saya.”

Tentang jodoh, kata Shuib jika dia berkahwin sekali lagi pun, sudah tentu ianya dilakukan demi anak-anak.

“Sebagai seorang manusia, memang fitrah mahu berkasih sayang dan mahu peneman. Bagi saya, ianya lebih kepada anak-anak. Jika saya kahwin semula, sebab utamanya ialah untuk anak-anak.”

 “Mereka semuanya masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. Apa yang dapat lihat terutamanya Talita, kini memang dia nampak amat diam berbanding dulu. Sebelum ini, dia selalu dengan ibunya dia bercerita tentang pakaian dan alat solek sebagainya.”

Diimbas kembali Siti Sarah Raisuddin pergi meninggalkan dunia ini pada tarikh 9 Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan antara Shuib dan Sarah, mereka mempunyai empat orang anak.