Shahir kena scam sampai kerugian RM12 juta

6,422 views

Bekas juara Akademi Fantasia iaitu penyanyi Shahir Zawawi melalui liku-liku kehidupan dalam perniagaan apabila diuji dengan dugaan yang amat berat.

Penanyai berumur 34 tahun ini mendedahkan dia dan rakan telah alami kerugian lebih kurang RM12 juta setelah ditipu oleh sebuah syarikat.

Menjelaskan perniagaan yang dijalankan, Shahir dan seorang rakan perniagaan sebelum ini ada buat perniagaan membekalkan barang-barang kepada pihak hospital.

Kejadian penipuan yang dialami itu terjadi pada bulan Oktober tahun lalu. Shahir memberitahu, kes berkenaan melibatkan sejumlah 400,000 kotak glove atau sarung tangan yang sepatutnya dibekalkan kepada pihak hospital.

Ini cerita dari Shahir tentang kes ini.

“Semasa musim pandemic, kami ada cuba untuk menjadi pembekal kepada pihak hospital. Akan tetapi kami telah kena tipu apabila barang yang kami terima di perlabuhan hanyalah kotak-kotak kosong saja.”

“Pembekal produk berkenaan dah menipu kami sebanyak 400,000 kotak dengan jumlah anggaran bernilai kira-kira RM12 juta.”

Dengan jumlah yang amat besar itu, Shahir memaklumkan, dia telah pun membuat report polis dan kes tersebut kini akan diteruskan melalui proses undang-undang.

“Tindakan undang-undang telah pun kami ambil. Semua hal ini kini akan melibatkan urusan antara peguam syarikat kami dan juga syarikat pembekal berkenaan. Kami telah pu berjaya mengenalpasti individu yang menipu itu.”

Walaupun dijui dengan hal berkenaan, Shahir amat bersyukur kerana menerima rezeki setelah diumum sebagai juara rancangan Hijrahku Laguku baru-baru ini.

Shahir bergelar juara setelah mengetepikan beberapa penyanyi hebat yang lain seperti Datuk Nash, Iwan dan juga Mark Adam.

“Sebelum ini, saya masuk ke dunia perniagaan kerana fikirkan mahu cari rezeki di tempat lain akan tetapi akhirnya saya ditipu pula.”

“Namun Allah sudah aturkan dan dapat  rezeki untuk sertai program ini ke arah yang lebih positif. Semoga mendapat keberkatan.”

Dalam rancangan itu, Shahir membawa pulang wang tunai RM100 ribu.