Ini satu berita terbaru tentang seorang pelawak terkenal tanah air. Pian yang terkenal dengan kumpulan Cecupak telah disahkan pergi buat selamanya.
Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, meninggal dunia di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Sentul malam tadi.
Melalui laporan beberapa portal, allahyarham Pian yang berumur 51 tahun menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi.
Adik kepada Pian bernama Hasenah, membuat kenyataan bahawa Pian ditemui dalam bilik air oleh ibunya.
“Emak jumpa arwah dan ketika itu sudah terbaring di bilik air. ketika itu jam menunjukkan lebih kurang jam 8 malam. Kemudian Pian di bawa ke hospital dan disahkan sudah tiada oleh pihak doktor sekitar 10 setengah malam.”
“Mungkinnya dia meninggal dunia kerana menerima sakit jantung. Dia memang masalah jantung sekitar tahun 2018 dan sampai kini tiada memang tiada rawatan yang lajut dilakukan.”
“Arwah Pian hanya makan ubat yang dibekalkan. Akhir-akhir ini kesihatannya nampak sedikit merosot, malah dia selalu mengadu rasa kurang selesa di bahagian dadanya.”
Hasenah membuat kenyataan bahawa jenazah Pian kini masih ada di rumah ibu mereka dan akan diurusan serta dikebumikan esok.
“Jenazah akan diuruskan di surau area rumah emak. Segala urusan kebumian akan dibuat pada esok pagi. Belum diketahui akan dikebumikan di mana.”
Sedikit info, arwah Pian sebelum ini masuk ke dunia hiburan tanah air melalui ranncagan Sinaran Passport Kegemilangan, dan kemudian bersama-sama dengan kumpulan lawak Cecupak.
Menurut Hasenah, arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.
Salam takizah diucapkan kepada semua ahli keluarga Pian Cecupak dan sama-sama kita membaca doa serta memberi sedekah surah Al Fatihah kepada arwah Pian.