Ini respon Ziana Zain, label Dato Seri Vida ‘biadap’

11,585 views

Sejak dari semalam ahli perniagaan yang penuh dengan pelbagai hal iaitu Dato Seri Vida sekali lagi tercalit dengan isu.

Kali ini tersebar pula video di sebuah laman media sosial yang menunjukkan Datuk Seri Vida bagaikan melabel penyanyi bersuara lunak Anuar Zain dengan satu gelaran yang tidak berapa baik dan tidak elok.

Ianya bermula apabila ada netizen yang meminta Dato Seri Vida untuk cuba mengurat dan jalin hubungan dengan Anuar Zain.

Akan tetapi respon Dato Seri Vida telah menimbulkan persoalan dari orang ramai yang menonton. Vida dilihat berbisik sesuatu, namun tidak kedengaran, hanya pergerakkan mulut dengan suara yang halus.

Akan tetapi dari sebuh video di Tik Tok, netizen mendakwa, kelihatan Vida bagai melabel Anuar Zain dengan perkataan yang amat sensitive di sisi masyarakat.

Ianya lantas mengundang komen-komen yang naik angin dengan Dato Seri Vida.

Antara yang dilihat turut memberi komen ialah penyanyi yang juga kakak kepada Anuar Zain iaitu Ziana Zain.

Penyanyi berkenaan ternyata berang setelah menonton video berkenaan dan terus menulis ayat ini.

Sangat biadap.” Tulis Ziana Zain secara ringkas di video berkenaan.

Komen dari Ziana itu membuatkan netizen yang lain turut memberi cadangan, seperti meminta Vida membuat permohonan maaf dan ada juga berharap Anuar Zain dapat menyaman ahli perniagaan terkenal itu.

Ada satu video lain pula yang menunjukkan Dato Seri Vida menafikan dia melabel Anuar Zain dengan gelaran berkenaan. Kata Vida dia menyebut ayat “Kay”, singkatan kepada okey.

Saya sebut kay, dengar betul-betul.” Jelas Dato Seri Vida.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Anuar Zain tentang isu ini. Namun ramai beranggapan Anuar sudah mengetahuinya memandangkan Ziana Zain pun ada komen di video berkenaan. Kita tunggu kenyataan dari Anuar Zain kelak.