“Saya mohon maaf banyak-banyak” Ini kenyataan penuh DS Vida

14,775 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Vida akhirnya membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal tanah air Anuar Zain.

Ini susulan video pendek yang telah menjadi viral baru-baru ini, yang seakan menjatuhkan maruah Anuar Zain.

Video membuat permohonan maaf berkenaan menerusi satu video di laman Instagram miliknya dan telah tag nama Anuar Zain dan juga Ziana Zain.

Datuk Seri Vida akui kesilapan dan khilafnya kepada Anuar dan Ziana termasuk ahli keluarga penyanyi berkenaan.

“Saya, Datuk Seri Vida ingin mohon maaf di atas segala kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya kata yang mana ianya mungkin telah mengguris hati banyak pihak, kepada peminat, terutama kepada familt Zain, Anuar, saya nak minta maaf banyak sangat.”

“Saya tiada niat dan tidak bermaksud. Mungkin saya terlepas cakap atau pun terlepas gurauan yang tidak di sengajakan. Saya tidak boleh nak recall semula apa yang saya dah ungkapkan itu.”

Jelas Vida lagi sebenarnya video it bukannya baru tetapi merupakan satu video lama yang telah dinaikkan semula.

“Benda ni, video ni dah lama sebenarnya, saya tak berapa ingat. Dan baru sekarang ni ianya muncul.”

Datuk Seri Vida juga melahirkanhasrat untuk berjumpa dan berdepan dengan Anuar Zain secara personal.

“Saya minta ampun sangat, tak berniat langsung. Malah saya ini amat meminati Anuar Zain sangat. Saya minat sangat ‘Lelaki Ini’. Tapi dah timbul pula kekeruhan macam ini, satu kekalutan.”

“Apa lagi yang dapat saya cakapkan selain saya nak mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain, dan juga family Zain.”

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar saya ada, dan juga projek besar ada, insyaAllah.”

Itulah penjelasan dari Datuk Seri Vida tentang isunya melibatkan penyanyi Anuar Zain.