Teruk kena dengan netizen, akhirnya ini tindakan drastik TV Al Hijrah

11,882 views

Gara-gara seorang jemputan yang kurang digemari orang ramai, TV Al Hijrah Malaysia habis kena dengan netizen.

Orang di luar sana tidak menggemari apabila wanita yang pernah viral tak lama dulu kerana sikap yang mudah naik angin, iaitu Kak Long, menjadi salah seorang jemputan untuk satu episode rancangan TV Al Hijrah.

Ramai yang terkejutd an tidak menyangka Al Hijrah akan memanggil jemputan sedemikian kerana tiada iput yang bagus, selain dilihat mengangkat mereka yang famous kerana hal yang tak bagus.

Komen dari seorang penceramah terkenal iaitu Dr ustaz Rozaime Ramli turut disetujui netizen yang mengatakan dia turut kecewa dengan pemilihan jemputan dari TV Al Hijrah itu.

Rentetan begitu banyak komen yang kuran baik diterima, akhirnya pihak TV Al Hijrah tampil membuat satu kenyataan tentang isu ini.

Pihak TV akhirnya mengambil keputusan drastic dengan menangguhkan tayang episode berkenaan. Maknanya buat masa sekarang episode yang memaparkan Kak Long itu ditangguhkan tayangannya.

“Kenyataan isu Kak Long di rakaman rancangan TV Al Hijrah. Program Trending merupakan rancangan yang membincangkan isu terkini.”

“Kehadiran kak Long itu turut disertai oleh oleh Ustazah Isfadiah yang merupakan slah seorang ahli panel. Beliau akan jadi panelis yang memberi teguran dan pengajaran kepada Kak Long supaya jadi lebih peka dan bertanggungjawab.”

“Kerana pelbagai kegelisahan yang timbul, pihak TV Al Hijrah telah pun membuat keputusan untuk tangguhkan tayangan episode berkenaan.”

Ini kenyataan penuh dari TV Al Hijrah.

Untuk info, Kak Long atau nama penuhnya Wan Baizura menjadi terkenal kerana satu insiden di kedai serbaneka 7 Eleven yang mana dia dilihat membuat live ketiak memarahi pekerja di kedai berkenaan.