Kisah Kim Raymond peluk Islam

618 views

Kim Raymond peluk Islam, ianya kini kini disahkan. Kim sudah memeluk agama Islam setelah beberapa gambarnya mengucapkan syahadah di muatnaik di laman sosial. 

Foto Kim berada di sebuah pusat komuniti dan mengucap dua kalimah syahadah dan dirinya kini seorang mualaf. 

Namun sebenarnya, Kim Raymond, 39 tahun, memeluk agama Islam bukanlah pada bulan ini, tetpi sebenarnya pada 24 Oktober lalu. 

Bekas isteri kepada Keith Foo ini mengucap dua kalimah syahadah di Markas Al-Khadeem iaitu sebuah komuniti Islam di Petaling Jaya, Selangor disaksikan sendiri oleh Presiden Al-Kahdeem iaitu Datuk Sheikh Hussain Yee. 

Komuniti berkenaan ada mengeluarkan kenyataan dan bersyukur dengan kehadiran saudara Islam yang baru, semuanya berjalan lancar. 

“Syukur alhamdulillah, dengan hidayah dari Allah, Kim Amal Raymond dari Malaysia telah pun memeluk agama Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lepas.” 

“Ahli keluarga dan rakan-rakannya juga ramai yang hadir demi menyaksikan majlis yang penuh berkat ini.” 

“Semoga Allah SWT akan memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang solehah.” 

IBU BAPA KIM HADIR

Di foto yang tersebar, Kim mengenakan jubah hitam dan turut disaksikan oleh rakan serta ahli keluarganya.  Turut berada di situ ialah ibu bapa Kim sendiri iaitu Jeffrey dan juga Joyce.

Kim, yang merupakan model terkenal dan personaliti media, merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal Keith Foo. Mereka berkahwin pada tahun 2015 namun bercerai pada tahun 2019. 

Empat tahun berkahwin mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Skylar Raymond Foo. 

HUBUNGAN DENGAN ZAHIR OMAR

Tentang kisah peribadinya, Kim Raymond kini amat rapat dengan seorng pengarah filem bernama Zahir Omar. 

Antara filem terkenalnya ialah Fly By Night dan juga Tira. 

Zahir Omar dan juga bapanya, Omar Abdullah turut dilihat hadir ketika Kim Melafazkan melafazkan syahadah. 

Di laman Instagram Zahir, terdapat banyak gambar mereka meluangkan masa bersama, dan ini termasuklah ketika sambutan hari raya.

Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan memudahkan Kim Raymond peluk Islam dan sebagai seorang saudara Islam yang baru.