Kak Long masuk TV Al Hijrah, ramai yang tak puas hati “Dah kenapa panggil orang camni”

6,002 views

Kisah wanita yang dikenali dengan nama Kak Long pernah viral tak lama dulu. Ini semua kerana wanita ini buat live dan naik angin di sebuah kedai serbaneka 7 Eleven.

Kata-kata serta perbuatannya yang naik angin itu membuatkan dirinya teruk kena semula dengan netizen.

Ramai menganggap wanita ini yang silap dan ramai yang memihak kepada staff di kedai 7 Eleven itu.

Kemudian ada satu lagi kisah yang mana Kak Long naik angin pula dengan sebuah kedai makanan restoren segera iaitu KFC. Habis semuanya kena dengan wanita bernama Kak Long ini.

Akhirnya Kak Long telah tampil minta maaf di atas perbuatannya dan dia pun kata dan sesali perbuatannya.

Baru-baru ini, TV Al Hijrah Malaysia, telah memanggil kak Long sebagai tetamu undangan dalam satu slot rancangan.

Hal ini diketahui setelah penceramah terkenal PU Amin muat naik satu gambar bersama Kak Long di studio TV Al Hijrah.

Oleh itu, ramai netizen yang mula merasakan hal ini tak patut dilakukan. Seolah-oleh memberi tumpuan dan meraikan individu yang tidak baik perangainya.

Banyak luahan hati dari netizen yang tak berpuas hati tentang isu ini.

“Salam TV Al Hijrah, jika dah tak ada content nak buat, lebih baik approach doctor atau peguam beri input yang ilimah. Ini tak, panggil entah siapa-siapa, nak jadi macam rancangan hiburan Melodi ke.” – Tulis individu bernama Syarafi.

Ini kah standard TV Al Hijrah, sungguh rendah. Kenapa sanggup ambil tetamu macam ni.” Tulis seorang lagi netizen.

Malahan hal ini turut mendapat perhatian dari seorang penceramah terkenal iaitu Dr ustaz Rozaime Ramli.

Ini komennya: “Memang agak kecewa dengan TV Al Hijrah dengan ahli jemputan mereka tu. Sepatutnya panggil yang kena, kerana akhlak mereka yang baik. Saya hanya luahkan rasa.

Itulah komen dari netizen tentang hal ini, ramai betul tak setuju menaikkan individu yang buat hal dan viral dengan isu yang kurang baik, seperti kes Kak Long ini. Sudah tentu Al Hijrah dan juga TV lain, kena ambil tahu hal-hal sebegini.