Selebriti terkenal yang merupakan seorang ratu, model, chef selebriti, penyanyi, pelakon dan pengacara iaitu Dr Soo Wincci kini bergelar Professor Madya.
Bekas peserta Masterchef itu turut dilantik sebagai seorang pensyarah atau lecturer dalam bidang muzik dan perniagaan di UITM Shah Alam.
Soo Wincci yang pernah bergelar ratu cantik Malaysia, kini menempa sejarah dalam Malaysia Book of Records, sebagai Miss World Malaysia pertama bergelar Professor.
“Pada tarikh 1 April saya telah dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula sebagai ratu cantik, saya terbang pelbagai tempat untuk menuntut ilmu dan juga pengalaman.”
“Akhirnya, saya melangkah ke dunia profesor pula. Saya kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA Shah Alam untuk subjek produksi muzik dan perniagaan.”
“Saya mengajar dalam 70 hingga 80 yang mana pelajarnya dari dalam golongan family yang B40.”
Tentang betapa ketat dan padatnya jadual yang ditempuhi, kata Soo Wincci, dia masih boleh hadapi semuanya itu,
“Saya terbang ke Valencia, Sepanyol ketika cuti semester, setelah habis paper exam. Saya akan mengajar untuk sesi virtual jika saya berada di negara lain.”
“Hampir setiap hari saya ada kelas dan mengajar di UiTM. Tetapi saya tiada kelas mengajar pada hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu saya masih lagi boleh fokus minat sebagai artis dan juga kerja produksi.”
Dr Soo Wincci kini sedang dalam pengajian doktor falsafah (PhD) kedua dalam bidang produksi artistic di Valencia, Spain dan dia hanya ada satu saja lagi sesi latihan industry sebelum graduate.
“Saya menyasarkan mahu lapan PhD. Sekarang, saya baru dua. Pengajian PhD saya yang ketiga nanti, mungkin saya ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma, belum tahu universiti mana.”
Soo Wincci sudah pulang dari Spain ke Malaysia, dan akui ada menerima tawaran lain sebagai lecturer juga namun menolaknya.
“Saya ada pergi ke Nepal selama empat hari sebab mempunyai kerja sosial untuk pertukaran pelajar dan pendidikan.”
“Dan saya turut ditawarkan menjadi lecturer di Nepal untuk ajar subjek kejuruteraan kimia, namun saya menolaknya. Saya memang ada asas dalam kejuruteraan kimia.”
Itulah hebatnya Dr Soo Wincci dalam bidang pelajaran. Dah lah cantik, berbakat besar dalam dunia seni, seorang yang bijak dalam pelajaran, malah hebat sebagai tukang masak juga.