“Saya dan Zarina Anjoulie tak ada jodoh” Ini pendedahan Zoey Rahman

8,065 views

Zoey Rahman sebelum ini memang rapat dengan Zarina Anjoulie. Malah mereka dikatakan sedang jalin hubungan tak lama dulu.

Akan tetapi dilihat hubungan mereka tidak berapa rapat seperti dulu, dan ramai yang beranggapan hubungan mereka mungkin dah berakhir.

Melalui laporan portal Mstar, Zoey akui dia dan Zarina memang dah tak ada jodoh.

“Saya dan Zarina sudah tiada jodoh. Namun kami berdua masih berkawan baik dan kami masih lagi berhubung.”

Ada yang tanya juga status hubungan kami berdua. Kami masih lagi berkawan. Ada juga buat live bersama-sama.”

Katanya, inilah mengapa dia tak berapa gemar berbicara tentang soal cinta kerana takut ianya tidak kesampaian ke jinjang pelamin.

“Sebelum ini kisah cinta saya ini menjadi perhatian namun ia pun berakhir dan tak kesampaian. Sebab itulah, lebih baik saya tidak terlalu bercakap tentang perkara itu.”

Zoey Rahman kini sedang rapat pula dengan seorang lagi pelakon iaitu Shakira Stephen. Pelakon dan pengacara berumur 37 tahun ini berserah kepada takdir sama ada wanita iti adalah jodohnya atupun tidak.

“Kami berdua berkawan baik dan saya dah lama kenal dengan dia, kenal semasa program On Air. Namun ada satu masa tu, hubungan kami terputus seketika. Hanya baru-baru ini kami berdua telah kembali rapat.”

“Saya selesa untuk kawan dengan dia. Kami memang selalu saja keluar sama-sama dan luahkan perasaan.”

“Jikalau dia merupakan jodoh saya, memang tak menolak, tapi itu kalaulah. Apapun saya memang tak mahu cakap lebih sebab khuatr nanti tak jadi pula.”

Usia sudah masuk 37 tahun, Zoey akui ibu bapanya ada bertanya bila mahu mendirikan rumah tangga, namun orang tuanya takdelah sampai mahu mendesak dirinya.

“Memang ada ibu bapa tanya tentang soal kahwin, akan tetapi saya tak terdesak ke arah itu.”

“Saya tidak kisah kalau dikatakan bujang terlajak sebab zaman sekarang ini hanya orang mempunyai fikiran kolot saja cakap tak kahwin tu satu isu.”

“Lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan family.” Itulah komen dari Zoey Rahman tentang status hubungannya yang terkini.