Dugaan lagi, lepas Amyra Rosli sembuh, anak pula tiba-tiba sakit, dikejarkan ke hospital

4,677 views

Suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli menerima satu lagi dugaan. Jika sebelum ini Amyra menerima sakit yang tak diketahui puncanya, kini anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa pula terkena demam panas.

Kata Amar Baharin, anak keduanya itu demam yang terlalu panas, lantas telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan.

Amar dan Amyra ternyata bimbang setelah suhu badan Ayra Aryssa mencecah 41 darjah celsius.

“Ayra Arysasa kena demam panas. Suhu badannya amat tinggi sampai mencecah 41 darjah celsius. Bila tengok macam tu itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court. Masa tu jam 1 pagi, hari Rabu.”

“Sekarang ni anak saya masih dalam wad dan di waktu pagi dah jumpa doktor. Keadaan Aryysa masih dalam pemantauan pihak doktor.”

“Masa tu, dia tiba-tiba demam terlalu panas dan kami tak tahu puncanya. Itu yang buatkan kami amat risau.”

Keadaan sememangnya mencabar buat pasangan ini apatah lagi mereka terpaksa pergi bekerja dan anaknya itu dijaga buat sementara oleh adik Amyra Rosli.

“Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital kerana kami berdua terikat dengan jadual. Memang kami ada penggambaran, jadual amat padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang jaga dan teman dia kat hospital.”

Dalam pada itu, tentang perkembangan keadaan kesihatan isterinya, Amar Baharin memberitahu, setelah isterinya membuat dua rawatan, termasuk perubatan Islam, kesihatan isterinya, Amyra Rosli sudah kembali pulih.

“Syukur sangat Amyra dah mula kerja dan dah start jalani penggambaran. Dia dah sihat. Memang kami berubat dua cara, iaitu dari hospital dan juga perubatan Islam.”

Semoga semua urusan Amar Baharin dan Amyra Rosli dipermudahkan. Harapnya adik Ayra Aryysa akan kembali sihat seperti sedia kala.