Aizat Amdan nafi kahwin senyap-senyap dan dah ada anak, ini penjelasannya

6,503 views

Penyanyi Aizat Amdan membuat penafian dirinya dah kahwin senyap-senyap dan mempunyai anak lelaki. Jelas Aizat Amdan, anak yang mirip wajahnya itu bukan anaknya.

Sebaliknya itu merupakan anak buahnya. Ini komen Aizat: “Astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. Allahuakbar. Yang sebenarnya, wajah budak berkenaan memang macam muka saya.”

“Sebenarnya, budak itu yang di lihat dalam Instagram merupakan anak kepada kakak saya.”

Ini sebenarnya anak buah Aizat Amdan

Dalam pada itu, Aizat juga kini telah mengakui bahawa dirinya sedang berbahagia dan hati berbunga-bunga.

Aizat akui dia sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang bernama Elyssa Alia.

Malahan hubungan dirinya dengan Elyssa Alia sudah masuk ke fasa yang serius.

Penyanyi berumur 33 tahun ini telahpun datang merisik kekasih hatinya pada bulan Februari yang lepas.

“Senang cerita, dia merupakan teman wanita saya. Untuk perkara selepas ini, nantilah saya akan ceritakan kemudian.”

“Dengan keizinan dari Illahi, memang ada dalam perancangan (untuk mendirikan rumah tangga). Dia memang insan yang amat istimewa dalam hidup saya.”

Apabila ditanya bagaimana mereka boleh berjumpa dan menjalinkan hubungan, Aizat memberitahu, dia mula kenali Elyssa sekitar tahun 2020.

Kini Elyssa merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan kerjayanya selain menajdi manager syarikat milik Aizat iaitu Kasi Gegar Entertainment.

“First time saya bertemu dengan dia semasa dia bertugas sebagai penyampai radio untuk Rakita.”

“Elyssa ni seorang yang istimewa dan penyayang betul. Dia amat menyukai budak-budak. Itu antara ciri yang buatkan saya jatuh hati padanya.”

“Insyaallah jika tiada aral melintang, akan berlangsung pada tahun ini. Sekarang ni memang saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi dan tak dapat nak beri kata putus.”

Itulah kenyataan awal Aizat Amdan tentang status hubungannya. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Aizat Amdan dan pasangan.