“Ye betul saya buat report” Bekas isteri akui buat report ke atas Radhi OAG

7,052 views

Kecoh juga tentang seorang penyanyi berumur 45 tahun yang dikatakan telah ditahan pihak berkuasa kerana kes kekasaran ke atas bekas isterinya.

Melalui laporan Mstar, akhirnya individu yang dimaksudkan ialah Radhi dari kumpulan OAG.

Bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mengaku terpaksa buat report polis kepada bekas suaminya itu sebagai langkah untuk berjaga-jaga dan juga atas faktor keselamatannya.

Tentang insiden yang terjadi pada hari Selasa lepas, Ayu, 27 tahun, mendedahkan bekas suaminya bertindak kasar selepas permintaan penyanyi itu untuk bergambar selfie telah ditolak oleh Ayu.

Secara tiba-tiba Radhi menolak badannya selepas permintaan duduk di sebelah untuk bergambar bersama tak dilayan oleh Ayu.

Ini komen dari Ayu, seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.

“Yes, memang benar saya yang buat report polis. Saya buat pun demi keselamatan saya, takut benda sama akan berulang dan terjadi lagi. Saya tidak boleh nak cerita lebih kerana kes dalam siasatan pihak berkuasa.”

“Seperti yang dalam laporan, dia buat sedemikian selepas saya tak nak ambil gambar selfie bersama dengannya. Dia terus tolak badan saya.”

Menerusi kenyataan polis, iaitu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, hal berkenaan berlaku semasa Ayu mahu mengambil anak lelakinya dari penyanyi berkenaan di kawasan parking rumah sekitar jam 2 setengah petang.

Polis kemudian menahan penyanyi berkenaan di rumahnya dan hasil ujian saringan air kencing, ianya negative.

Kata Ayu lagi, demi anak-anak yang dah bersekolah, Radhi janganlah ulang perbuatannya itu lagi.

“Saya harap sangat dia tak ulang perbuatannya itu lagi. Jika dia tak nak fikir diri sendiri, fikir untuk anak-anak. Mereka dah besar dan dah faham apa yang berlaku.”

“Kesian mereka tahu bapanya berkelakuan macam itu. Anak-anak pun dah bersekolah, bimbang nanti mereka malu.”

Radhi OAG dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan berpisah pada tahun 2019. Mereka berdua mempunyai dua orang cahaya mata berumur 7 tahun dan 6 tahun.