Baru tiga bulan kahwin, pelakon Mak Wan Latah diceraikan suami dengan talak satu

17,625 views

Jika dah berkahwin dah tentu mengharapkan ianya akan berkekalan. Tiada pasangan suami isteri yang mahu berpisah.

Tapi lumrah jika dah kahwin ni, kadangkala ada isu yang berlakon dalam rumah tangga, dan akhirnya hubungan yang diikat terlerai jua.

Itulah yang terjadi kepada pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah telah melepaskannya sebagai isteri.

Husain Dolah, yang kini berumur 74 tahun, telah pun melafazkan talak satu kepada Mak Wan Latah hanya selepas tiga bulan mereka berdua berkahwin.

Lafaz talak berkenaan dibuat oleh Husain kepada Mak Wan di kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin pada hari ini 21 April, sekitar jam 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Husain yang menetap di Kuala Pilah hadir ke mahkamah ditemani peguamnya iaitu Husna Hamdan, dan juga ahli keluarganya.

Mak Wan Latah pula disahkan tak hadir ke mahkamah pada hari ini.

Jelas peguam kepada Husain, pihak mereka telah memfailkan permohonan untuk berpisah pada bulan Mac yang lepas.

“Kes perceraian di antara Husain Dolah dan Mak Wan adalah sebutan pertama. Pihak kami telah failkan kes penceraian ni pada tarikh 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada tarikh 5 April.”

“Namun begitu, Mak Wan disahkan tidak dapat hadir ke mahkama pada hari ini dan dia perlu memaklumkan hal ini kepada mahkamah dengan memberi alasan yang munasabah.”

Sehingga kini Mak Wan Latah atau naam penuhnya Halimatussadiah Mohd Daud tak ada memberi sebarang kenyataan.

Mak Wan Latah dan Husain berkahwin pada tarikh 22 Januari lepas di Perak sebelum mengadakan satu majlis resepsi di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Dari laporan, ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Mak Wan Latah.