Shakilla Khoriri bincang dengan Fizi Ali, mahu rujuk semula

7,119 views

Semua pun tahu kisah tentang pasangan selebriti iaitu penyampai radio Fizi Ali dan juga pelakon Shakilla Khoriri yang telah berpisah sebagai pasangan suami isteri pada hujung tahun 2021.

Semasa berpisah, ramai yang terkejut, memandangkan dari luaran, mereka berdua nampak bahagia saja.

Kini sudah beberapa bulan kedua mereka bukan lagi suami isteri, Shakilla menyatakan dia ada memujuk bekas suami itu.

Dari laporan Harian Metro, Shakilla akui ada cuba pujuk semula Fizi Ali untuk kembali bersama sebagai suami isteri.

Namun sehingga sekarang, Fizi Ali masih lagi belum memberi kata putus.

“Kalau boleh memang saya nak hidup bersama kembali dengan Fizi walaupun ianya dilihat agak sukar di pihak Fizi mungkin. Sebagai wanita, mudah nak maafkan dan mahu cuba baiki hubungan jadi lebih baik.”

“Namun begitu, saya tidak tahu apa yang difikirkan dan perancangan Fizi Ali buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia memang memerlukan masa. Mungkin juga dia tak mahu sekiranya kami kembali rujuk, nanti akan ada timbul masalah baru mahu pun akan timbul isu yang sama.”

“Sungguhpun ramai pujuk untuk kembali bersama demi anak namun anak-anak ini akan membesar dan anak akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkan kita mahu hidup dengan seseorang yang tidak boleh bersama kita lagi.”

“Memang hal ini begitu sulit. Jika sudah ditetapkan Illahi bahawa hubungan saya dan Fizi hanya kawan, saya dah reda.”

“Namun seandainya, dua atau tiga tahun nanti jika kami dijodohkan semula dan rasa sayang itu masih kuat, saya memang tak akan menolaknya.”

Itulah pengakuan dari Shakilla Khoriri tentang hubungan dengan Fizi Ali.

Dalam pada itu, Shakilla juga terkilan kerana ada pihak yang tanya bila dia nak tamatkan zaman janda. Bagi Shakilla, dia kini dalam fasa bersedih.

“Untuk saya, soalan ini agak keterlaluan kerana saya pun sedang bersedih. Ibaratnya hari ini saya mengalirkan air mata sepuas-puasnya, tetapi hari esok saya kena bangun dan terus move on. Benda pun dah jadi kan.”

“Sekarang ni, saya tak ada plan, terutama tentang jodoh kerana saya ada anak perempuan.”

“Untuk tempoh dua tahun sampai empat tahun ini saya tak terfikir nak kenali lelaki lain kecuali Fizi saja. Saya juga nak fokus dengan kerja dan kesihatan.”

Untuk info, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bernikah pada tahun 2018 dan berpisah di hujung 2021. Mereka ada seorang anak iaitu Ameena Sofia, tiga tahun.