“Ingat dah warak, aurat lelaki paling senang” Netizen komen Norman Hakim tayang badan

8,024 views

Tahun ini antara filem tempatan yang mendapat review yang baik ialah filem Tiga Janda Melawan Dunia.

Sejak ditayangkan pada 19 Mei 2022 yang lalu, ramai yang memberi respon baahwa filem ini mempunyai kualiti yang amat bagus dan terus menerima review yang positif dari para penonton.

Mereka berpuas hati dengan apa yang ditampilkan oleh filem ini, membawa genre yang lain dari yang lain.

Namun begitu ada sedikit babak dalam filem ini yang membuatkan ramai gusar dan merasakan ianya tak perlu.

Ianya ialah babak melibatkan watak yang dilakonkan oleh Norman Hakim.

Hal ini mula ditimbulkan oleh seorang penggemar filem iaitu Zhaf Vlog yang mana dia tidak berminat dengan adegan Norman Hakim tayang badan sasanya.

Disekelilingnya ialah para pelakon utama iaitu Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura yang teruja melihat badan sasa Norman Hakim.

“Cuba bayangkan jika benda begini terjadi pada kaum wanita, memang malu.” Tulis Zhaf memberi pandangan.

Apa yang cuba dibawa oleh Zhaf ini nampaknya mendapat persetujuan dari orang ramai.

Ada yang mengatakan babak sedemikian tak wajar di tayangkan. Ini antara komen dari netizen tentang isu ini.

“Ingatkan Norman Hakim ni dah warak. Rupanya belum lagi.”

“Eh tak bagus tayang macam ni, tak suka sangat kalau dah berumur tapi tak ikut hukum agama ni.”

“Agak lah nak tayang badan pun, aurat lelaki yang paling senang nak jaga.”

“Hantar anak belajar agama, kau pula tayang badan, suka hati kau lah.”

Itu antara respon dari netizen tentang babak Norman Hakim itu.

Apapun, filem ini secara keseluruhannya amat best untuk dilayan, ramai yang memberi review yang amat baik. Malah Zhaf Vlog juga amat recommend orang di luar sana untuk menonton filem ini.