Genap seminggu, Anzalna tayang wajah baby keduanya, umum nama.. Sedap namanya

4,536 views

Pada minggu lalu, berita baik diterima oleh pasangan Anzalna dan suaminya iaitu Hanif Zaki.

Anzalna telah selamat menimang cahaya matanya yang kedua, iaitu seorang anak lelaki, baby boy. Ini merupakan anak lelaki kedua untuk pasangan sama cantik sama padan ini.

Pasangan ini menerima kehadiran cahaya mata pada 20 Mei lepas, yang jatuh pada hari Jumaat.

Genap seminggu usia anak kedua Anzalna dan Hanif Zaki ini, akhirnya mereka berdua telah muatnaik gambar bersama baby nya itu yang jelas memperlihatkan wajahnya.

Dari gambar, Anzalna dan suaminya dilihat sedang memangku baby, sambil si abang, iaitu anak sulung mereka, Eidress, sedang mengucup dahi anak keduanya itu.

Disamping itu, pasangan ini turut telah membuat pengumuman nama yang diberikan kepada baby ini. Nama yang dipilih oleh mereka berdua ialah Mohamad Emirhan.

Sudah tentu ianya mempunyai nama yang cukup baik iaitu putera pemerintah. Ini caption yang ditulis di ruangan foto berkenaan.

“Sebagaimana dengan sunnah Nabi Saw, setelah cukup tujuh hari umur bayi, kami ingin mengumumkan namanya.  Selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami ini telah diberi nama iaitu Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif.”

“Ianya telah membawa maksud sebagai princely ruler. Syukur alhamdulillah, semoga anak ini akan membesar menjadi seorang yang soleh, mempunyai budi pekerti yang mulia, jadi seorang yang pintar, serta berjaya di dunia dan juga akhirat kelak. Amin.”

Diruangan komen, ramai yang memberi ucapan tahniah diatas kehadiran cahaya mata kedua Anzalna dan juga Hanis Zaki ini.

Antara yang memberi komen ialah Fizo Omar, Sherry Ibrahim, Mira FIlzah, Catriona Ross, Vie Shati Khan dan ramai lagi.

Tahniah diucapkan buat Anzalna dan juga suaminya iaitu Hanif Zaki di atas kehadiran baby Emirhan ini, semoga semua urusan dipermudahkan.