Terkini: Polis sedang mengesan pekerja yang buat renovation rumah Zalina Azman

6,052 views

Ini satu lagi perkembangan terkini tentang kes kehilangan yang penuh misteri melibatkan bekas personality TV3 iaitu Zalina Azman.

Pihak polis kini sedang mengesan para pekerja yang pernah membuat kerja-kerja renovation atau ubahsuai rumah milik Zalina Azman, 58 tahun.

Rumah Zalina Azman itu terletak di Seksyen 3 di Shah Alam, Selangor.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim. Jelasnya pihak berkuasa mahu mendapatkan keterangan pekerja dan contractor ubah suai rumah itu untuk membantu siasatan.

“Pihak polis kini masih menjalankan siasatan untuk mengesan semua pekerja-pekerja yang terlibat dalam proses pengubahsuaian kediaman berkenaan, kerana ini mungkin boleh membantu siasatan.”

Itulah kata-kata Ketua Polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Dari satu kenyataan dari jiran Zalina, pemilik pusat tahfiz, Mohammad Bokhari Sharif, 76 tahun, yang menjalankan operasi tahfiz dan berjiran dengan rumah Zalina itu mendakwa memang ada kerja-kerja ubah suai rumah Zalina itu, sebelum PKP iaitu tahun 2019.

Namun begitu, kerja-kerja berkenaan dilihat telah terbengkalai beberapa bulan sebelum Zalina Azman dilaporkan telah hilang.

Polis juga mengesahkan telah mengambil keterangan dari ahli keluarga terdekat Zalina Azman untuk meneruskan siasatan.

“Enam ahli family Zalina Azman telah direkodkan keterangan selepas laporan polis dibuat pada bulan November tahun 2021.”

“Memang benar, kami telah ambil keterangan dari enam orang anggota keluarganya. Dan sekarang ini kami akan mengesan dan mencari pekerja yang terlibat dalam proses ubah suai rumah milik Zalina Azman itu pula.”

Dalam pada itu, satu lagi siasatan bersama Jabatan Imigresen mengesahkan bahawa Zalina Azman masih ada di dalam negara kerana tiada rekod Zalina Azman ke luar negara.

Kita tunggu pula hasil siasatan polis dengan pihak contractor dan juga pekerja renovation rumah Zalina Azman itu nanti.