“Ada yang suruh bercerai” Suami Nadya Syahera mulanya marah, tapi kini dah bermaafan

969 views

Semua dah tahu tentang luahan hati pelakon Nadya Syahera tentang suaminya Fizul Nawi.

Memilih platform media sosial untuk bercerita hal rumah tangga, isu ini mendapat perhatian ramai pihak, terutama netizen.

Suaminya akui dirinya telah abaikan Nadya kerana sibuk bekerja, terutaam berulang alik dari Thailand kerana mahu uruskan kebun buah di negara jiran itu.

Kata Nadya lagi, dia meluahkan perasaan itu sebab mahukan perhatian dari suaminya kerana mereka memang tidak ada komunikasi yang baik.

“Ada yang cakap saya ini sebagai attention seeker, takpelah silakan. Memang saya tahu kelemahan kami berdua sebagai suami isteri, kelemahan utama ialah kami tak ada komunikasi yang baik.”

“Bukannya kami tak pernah mencuba, tetapi sukar nak cari waktu yang betul-betul ideal untuk kami berdua, meluahkan perasaan dari hati ke hati sebab boleh kata hubungan kami ini macam jarak jauh, dia berada di Thailand sebab kerja dia.”

“Bukannya dia langsung tak balik ke sini, tetapi teramatlah jarang. Saya faham, dia bekerja. Tetapi sebagai wanita, isteri dan ibu kepada tiga anak, apa yang saya perlukan ialah perhatian dari seorang suami.”

Apapun, Nadya juga sedar bahawa meluahkan di media sosial bukan satu perkara yang baik.

“Tak semuanya saya luah di media sosial. Saya tahu, ramai yang tak bersetuju dengan cara saya.”

“Namun orang tak tahu saya tertekan untuk uruskan rumah tangga seorang diri dan anak-anak tanpa suami di sisi. Orang tak faham.”

Jelas Nadya Syahera lagi, kini dia dan suami dah saling bermaafan.

Nadya menambah, suaminya memang marah juag selepas dia meluahkan di laman media sosial.

“Dia memang marahlah. Dia cakap kecewa sebab luah macam tu berbanding cakap terus padanya. Saya terangkan, bila saya baru cakap sepatah, dia asyik dengan phone dan dunia dia.”

“Saya takda pun nak aibkan sesiapa. Itu hanya sikit yang saya rasa. Dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima.”

“Tetapi selepas apa yang terjadi dan dia pun sedar keadaan ini tak sihat, malah kami berdua dah saling memaafkan. Cuba perbaiki masalah kami. Tapi ia tak akan berlaku sekelip mata.”

Nadya akui, ada juga berpendapat lebih baik berpisah saha, tetapi Nadya ada persoalan yang bermain di fikirannya.

“Ramai juga kata pada saya letakkan noktah saja pada hubungan ini. Sudah tujuh tahun, sampai bila lagi, itu antaar soal mereka.”

“Tetapi saya tak akan dengar apa orang cakap. Walau dari keluarga saya sendiri sekali pun. Sebab, keputusan atas diri saya. Sedihkah, sakitkah, gembirakah, semua itu bukan keputusan mereka.”

“Ada yang cakap, saya ni masih muda lagi kalau berpisah sekarang, ada masa boleh cari orang lain untuk kahwin.”

“Tapi adakah itu kemahuan diri saya, jika dah bercerai pun, adakah saya akan kahwin lagi, entahnya boleh jadi lebih melarat.”

Bagi Nadya dia dah puas mengadu pada Illahi dank ii harap suaminya akan faham isi hatinya.

“Adakala, bukan harta yang kita nak mahu, bukan duit. Tetapi lebih kepada perhatian. Tak semestinya letak duit depan mata akan menjadikan kita gembira. Percayalah, wanita ini mahu diri dihargai.”

Itulah komen terbaru dari Nadya Syahera, semoga hubungan dengan suami akan lebih baik.