Isteri pelakon Roslan Saleh tampil cerita keadaan suaminya “Makan pun saya suapkan”

650 views

Semalam telah diketahui bahawa tahap kesihatan pelakon lama Roslan Saleh atau Pak Lan dikatakan telah semakin merosot. 

Pelakon berumur 65 tahun ini telah menghidap kencing manis atau diabetes sejak 10 tahun yang lalu. 

Isterinya, Zainon akhirnya telah pun tampil memberi kenyataan dan menjawab persoalan tentang tahap kesihatan Roslan Saleh ketika ini. 

Puan Zainon mengatakan Roslan Saleh masuk ke hospital pada bulan Mei lepas akibat melecur pada bahagian tapak kaki dan pernah masuk ICU. 

“Ada kawan yang menawarkan untuk buat rawatan sendi semasa dia datang ziarah ke rumah. Namun begitu, tiba-tiba kaki Pak Lan melecur dan telah pun di bawa ke hospital.” 

“Dia dirawat selama beberapa minggu dan masuk ke ICU sebab masa tu tekanan darahnya amat rendah.” 

“Sejak itu, banyak penyakit yang datang.” 

Jelas Zainon, Roslan Saleh kini berada di rumah tetapi kesihatan belum baik. 

“Suami dah dah keluar hospital dan kini berada di rumah. Akan tetapi keadaan kesihatannya tak begitu baik.” 

Roslan Saleh hanya terlantar di katil dan tak dapat nak uruskan dirinya sendiri dan bergantung kepada isteri serta bantuan anaknya. 

“Suami saya dah tak boleh jalan dan hanya terlantar atas katil. Makan minum pun saya yang suapkan pada dia. Seorang anak kami ada bantu uruskan Pak Lan setiap hari.” 

“Kerana kesan lecur yang dialami, Pak Lan kena datang ke klinik untuk cuci luka setiap hari.” 

Selain itu, Zainon juga akui bahawa penglihatan Roslan Saleh amat kabur.  

Sebelum ini, individu bernama Ustaz Hj Taufik telah mendedahkan bahawa Roslan Saleh dah tam boleh melihat setelah doktor mematikan urat saraf di bahagian matanya. 

Selain itu, anaknya akan mendukung Roslan Saleh untuk bergerak. Pak lan juga terpaksa memakai lampin pakai buang. 

Roslan Saleh juga dilihat amat susut ketika ini, sama-sama kita doakannya.