Kenyataan penuh status perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah, sah bercerai

2,845 views

Status perkahwinan di antaar pelakon Irma Hasmie dan juga Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab pada hari ini. 

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang rakan baiknya, Irma, 42 tahun, kini sah sudah pun bercerai dengan Redza Syah. 

Pasangan ini telah bercerai pada tahun lalu, lebih tepat lagi 6 bulan yang lalu.  

Kenyataan berkenan ditulis oleh Reen Emran, seorang pengarah dari produksi Play Wright Pictures. 

Katanya, dia membuat kenyataan berkenaan di atas kebenaran dari Irma Hasmie sendiri. 

Kenyataan berkenaan dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang persoalan yang terus timbul, apatah lagi kini Redza sudah pun berkahwin baru. 

Ini statement dari Reen Emran. 

“Update berkenaan Irma Hasmie. Untuk menjawab persoalan apakah status mereka dan untuk elakkan dari timbul sebarang salah faham, fitnah.” 

“Saya mewakili sahabat saya mengeluarkan kenyataan ini dengan keizinan dari dia sendiri.” 

“Untuk pengetahuan, mereka berdua sudah pun sah bercerai 6 bulan yang lalu.” 

“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya meminta semua untuk memberi ruang untuk sahabat saya.” 

“Syukur alhamdulillah dia dan anak-anaknya semua okay dan sihat saja.” 

“Semoga akan dikurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah selepas ini.” 

Reen Emran juga berkata, Irma akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi, dan meminta semua untuk mendoakan Irma. 

Ini kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Reen Emran. 

Maka dengan ini terjawab sudah status tentang perkahwinan Irma Hasmie dan juga Redza Syah Azmeer. 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Redza Syah telah pun berkahwin baru dengan seorang wanita bernama Fiza pada 11 Syawal yang lalu.