Aishah Azman dedah perangai kakak ipar, rumah tangga Afiq Muiz bergolak?

2,483 views

Ini satu pendedahan terkini dari pelakon Aishah Azman yang dikaitkan dengan abangnya yang juga pelakon Afiq Muiz. 

Beberapa luahan serta kenyataan telah dilbuat oleh Aishah Azman membuka perangai kurang baik isteri kepada Afiq Muiz iaitu Pachara Apin. 

Ini ekoran ada ura-ura mengatakan Afiq Muiz dan isteri sedang mengalami pergolakkan rumah tangga. 

Dikatakan Afiq telah bertindak kasar terhadap isterinya itu, lantas Aishah Azman tampil dedah hal sebenar. 

Aishah Azman membuka cerita dengan mengatakan dakwaan yang dibuat oleh kakak iparnya itu tak benar sama sekali. 

Malahan, Aishah Azman mendedahkan beberapa sisi gelap kakak iparnya itu termasuklah bermain kayu tiga serta masih melakukan banyak perbuatan tak baik di belakang Afiq Muiz.  

“Curang dengan suami sendiri, minum air terlarang, pergi ke kelab malam, makan makanan tak halal, duduk serumah dengan suami orang walhal dia ni masih dalams tatus isteri orang.” 

“Dia suka reka-reka cerita dan manipulate cerita seolah-olah adia lah kononnya seorang mangsa.” 

Aishah menerangkan, dia terpaksa membuka cerita ini kerana abangnya telah diburukkan oleh kakak iparnya itu. 

“Janganlah hanya dengar dari sebelah pihak saja. Saya tahu apa awak buat. Jangan nak sebarkan hal yang tak benar. Saya bukan berniat nak buka aib sesiapa, tapi awak sudah tabur fitnah pada abang saya.” 

Ini beberapa luahan dari Aishah Azman di laman Ig milinya petang tadi. 

Aishah Azman juga ada menyatakan satu tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak kakak iparnya iaitu Pachara Apin masih lagi terus menerus membuat cerita yang tak benar tentang abangnya.  

Ketika kenyataan dari Aishah Azman ini dibuat, sehingga sekarang, abangnya, Afiq Muzi masih lagi tiada membuat sebarang kenyataan melibatkan isu dengan isterinya, Pachara Apin ini.