Umum mengetahui satu sesi lelongan awam barang milik Rozita Che Wan akan diadakan kelak, dan ini senarai barang Che Ta yang akan dilelong.
Ianya ekoran kegagalan Che Ta untuk melunaskan pinjaman dari Mara yang dianggarkan berjumlah 900ribu lebih.
Acara lelong akan dilakukan di kediamannnya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Pada mulanya sesi lelongan dijadualkan dibuat pada 24 Disember, namun ianya telah ditunda ke satu tarikh baru kelak.
Dari laporan Hibglam, ianya ditunda kerana Che Ta ada hadir ke pejabat Mara untuk melakukan pembayaran.
Namun tidak dinyatakan berapa jumlah yang dibayar oleh Che Ta.
Dari peguam Mara, pihak mahkamah membenarkan permohonan Che Ta untuk tangguhkan proses berkenaan.
“Pihak mahkamah beri kebenaran untuk menangguhkan tarikh lelongan awam.”
“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah kelak.”
SENARAI BARANG CHE TA YANG AKAN DILELONG
Acara lelong barangan Che Ta dikatakan bernilai RM902,012.46.
Di antara barang-barang yang disenarai untuk lelongan termasuklah kereta jenama Haval miliknya.
Selain itu pelbagai barangan perabot dan juga elektronik juga telah tersenarai.
Acara lelongan akan diuruskan oleh Auctrade Auctions Solution.
Ini senarai penuh barang Che Ta yang dilelong kepada orang awam.
Senarai barangan Che Ta yang bakal dilelong:
Kereta SUV jenam Haval
Meja makan (2 set) dan kerusi (8 buah)
Peti sejuk beku (1 buah)
Peti ais 4 pintu (1buah) dan peti ais 2 pintu (1 buah)
Aircond
Set golf
Sofa 3 seater (10 unit)
Cermin (21 unit)
Ketuhar (1 buah)
Vakum (2 buah)
Microwave
Kerusi urut (1 buah)
Katil dan tilam
Televisyen (1 buah)
Mesin basuh
Seterika (2 unit)
Selain itu, pihak pelelong juga diberi kebenaran untuk lelong semua barang dalam premis yang boleh dipindah alih dengan kebenaran mahkamah.
Ini foto senarai barangan dari Hibglam.
Diimbas kembali, pada 10 Disember lepas, rumah Rozita Che Wn telah diserbu oleh wakil dari mara termasuk peguamnya setelah mendapat kebenaran dari mahkamah.
Che Ta dikatakan gagal membuat pembayaran semula pinjaman yang bernilai hampir satu juta itu.
Dari laporan Hibglam juga, Che Ta meminjam dari Mara pada tahun 2017 sebanyak RM960,000 menerusi syarikat miliknya RCW Worldwide Sdn Bhd dan telah membuat pembayaran semula, dianggarkan dalam RM50 ribu.
Oleh itu, pihak Mara menfailkan muflis terhadap Che Ta dan juga anak sulungnya iaitu Ammar Effendy yang diletakkan sebagai penjamin.