“Orang tu masih sakit.. ambil kesempatan” Teguran Azhan Rani berkaitan berita Nad Zainal

51,451 views

Kisah Nad Zainal ditidurkan kerana masalah paru-paru, telah menjadi bualan ramai orang dan ini termasuklah para rakan artis. 

Memang ramai yang mahu ambil tahu tentang perkembangan terkini Nad Zainal dan mendapat liputan banyak pihak media. 

Namun ada laporan pihak media yang mendapat reaksi kurang senang dari rakan-rakan artis Nad Zainal. 

Antaranya ialah pelakon Azhan Rani yang telah muatnaik satu laporan media melibatkan Nad Zainal. 

Laporan berkenaan menulis ayat tergantung sekaligus menimbulkan rasa tak senang Azhan Rani. 

Jelas Azhan Rani, tajuk yang digunakan oleh media berkenaan hanya mahu mengambil kesempatan saja agar orang membaca artikel berkenaan. 

Ini tulis Azhan Rani. 

“Ketika ini, kan orang tu masih sakit, family, anak-anaknya, serta rakan dan sahabat handai tak lupa juga para peminat yang sedang ikuti perkembangan dia semuanya adaperasaan. Kita semua sedang mendoakan kesejahteraan dia.” 

“Untuk mengambil kesempatan dengan guna tajuk sebegini semata mata mahukan viewers yang tinggi pada aku amat tak ada etika. Maaflah aku nak tegur. Ianya amat tidak sesuai untuk dinormalisasikan.” 

“Trend begini hanya akan lebih menyukarkan kerjasama antara pihak kami dengan pihak media di masa akan datang.”  

“Tidak kisahlah siapa pun terlibat, sama ada dia tu celebrity, ahli politik, agamawan, orang biasa sekalipun, dengan tajuk dan penulisan sensasi macam ni amat tiada etikanya.”  

“Sudah tentu ada cara yang lebih baik dan matang untuk melaporkan berita sebegini. Sama-sama kita lebih peka, dan berdoa tanpa henti buat Nad Zainal.” 

Dalam pada itu, Norreen juga dilihat ada membuat kenyataan tentang laporan sebegini, yang mana bagi Norreen ianya tak patut dilakukan dengan ayat tergantung. 

“Baru-baru ni, Norreen ada terbaca caption macam ni, Norreen menangis Ungku Ismail buat panggilan, Norreen menangis kerana Nad Zainal sudah..” 

“Sudah apa, sudah apa, kerana lepas sudah tu kau tulis titik-titikkan saja. Jangan kau cakap macam kawan aku ni dah meninggal.” 

“Biarlah ada etika sekiranya membuat sebarang penulisan. Jangan korang sanggup buat title macam ni. Maaf ya, aku macam terkejut sangat bila baca caption dia.” 

Itulah pesanan dari Azhan Rani dan juga Norreen tentang laporan berkenaan.