“Saya diketepikan, sebagai ahli asal dan ketua, saya keliru” Zaf VE akhirnya buka cerita

1,908 views

Nama penyanyi kumpulan VE jadi sebutan setelah menyertai Gegar Vaganza musim ke sembilan atau GV9. 

Namun bukan semua ahli VE yang menyertainya, kerana empat ahli yang sertai VE ialah Cham, Adeeb, Hakim dan Fakhiz. 

Beberapa nama besar seperti Zaf, Damian dan Lah tidak sertai kumpulan VE untuk pertandingan Gegar Vaganza yang lalu. 

Di pentas Gegar Vaganza, VE berjaya masuk ke final dan mendapat tempat ke 5. 

Sebaik saja habis rancangan Gegar Vaganza, akhirnya ada sedikit kenyataan dari ahli asal kumpulan VE iaitu Zaf. 

Menerusi laporan Mstar, Zaf meminta kumpulan VE yang masuk ke Gegar Vaganza untuk tidak lagi menggunakan nama VE. 

“Kumpulan VE ni ialah VE. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan begitu lama dan penuh susah payah. Oleh itu, cukuplah selama 11 minggu nama itu digunakan, adalah lebih baik mereka bergerak ke depan sebagai kumpulan dan juga nama yang baru.” 

“Saya minta semua pihak dapat terima keputusan ini dengan hati terbuka, kita hormati antara kita dan harap hubungan silaturahim tak akan keruh.” 

“Mereka dah ada kelompok yang menyokong mereka, jadi patut tiada sebarnag masalah.” 

Zaf menjelaskan, dia tak mahu buat sebarang kenyataan ketika GV berlangsung kerana tak mahu buat kecoh. Jadi setelah selasi GV, barulah Zaf bersuara. 

Antara isu yang timbul ialah Zaf sebenarnya individu yang pergi berbincang untuk sertai GV, namun telah diketepikan. 

Sebagai ketua kumpulan, Zaf juga tak tahu menahu ahli kumpulan baru seperti Fakhiz, yang telah diserap masuk ke VE. 

“Saya yang asalnya bincang dengan Astro tentang penyertaan VE di GV9. Dari perbincangan, saya boleh muncul pada minggu tertentu dan Fakhiz hanya akan ganti bila saya tiada.” 

“Namun tiba-tiba lain yang jadi, malahan saya tak tahu tentang pengambilan ahli baru.” 

“Saya selaku ahli asal dan juga ketua keliru kerana saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malahan saya juga diketepikan sepenuhnya termasuklah dalam hal ambil ahli yang baru.” 

“Fakhiz patut pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa.” 

Sebelum ini, Damian VE antara yang lantang bersuara tentang hal ini, dan kini Zaf pula membuka ceritanya. 

5 anggota asal VE di zaman kegemilangan ialah Zaf, Lah, Shah, Damian dan Cham.