“Senyum saja ubati diri sendiri” ~ Ira Kazar bermain gitar

8,469 views

Antara nama yang sedang hangat jadi topik bualan ketika ini ialah wanita bernama Ira Kazar, 29 tahun. 

Sejak disahkan telah menjadi isteri kedua kepada pengarah hebat Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat mengambil pendekatan berdiam diri saja. 

Malahan Ira Kazar juga sudah memadam dan delete akaun media sosial miliknya di Instagram. 

Namun sejak semalam, Ira Kazar dilihat kembali aktif di Instagram. 

Apa yang menariknya, akaunnya sudah tiada lagi posting dan Ira Kazar hanya update insta story sahaja. 

Dapat dilihat, Ira Kazar juga hanya follow 6 orang saja termasuk ayahnya Kazar dan juga suaminya Syamsul Yusof. 

Sehingga kini, Ira Kazar dilihat telah update tiga Ig story. 

Yang pertamanya, Ira dilihat mengatakan dia mahu berdiam diri kerana itu yang terbaik ketika ini, memandangkan ramai pihak hanya menuding jari kepadanya. 

“Kadangkala, ambil pendekatan berdiam diri ini dari berkata kata adalah lebih baik. Sebabnya semua orang hanya akan beranggapan kita ini bersalah.” 

Tak lama kemudian, Ira Kazar muatnaik video sedang bermain gitar dan menulis dia hanya tersenyum untuk memulihkan diri sendiri. 

“Senyum sajalah ubati diri sendiri ni. Tenangkan hati sendiri. Ini saya belanja sikit.” Tulisnya sambil memetik gitar memainkan lagu yang amat popular. 

Kemudiannya Ira Kazar ada muatnaik satu posting ig story pada pagi Ahad dan berharap hari ini lebih baik dari semalam. 

“Selamat pagi, harapnya pada hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.” 

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pihak Ira Kazar atau dari pihak family nya termasuklah ayahnya penyanyi dan pelakon Kazar Saisi. 

Hanya sekali saja iaitu kenyataan dibuat iaitu dari suaminya Syamsul Yusof pada hari Jumaat lalu, ketika mengumumkan pernikahannya dengan Ira Kazar di negara Thailand.