Luluh hati seorang bapa, Datuk Yusof Haslam menangis, ramai sebak menonton temubualnya

4,284 views

Hati ayah mana yang tak luluh sekiranya anak kandung yang disayangi telah membelakangi keluarga dan membuat keputusan tanpa berbincang. 

Itulah yang dirasai oleh Datuk Yusof Haslam setelah anak sulungnya Syamsul Yusof membelakangi family sendiri dan bernikah satu lagi di negara Thailand. 

Melalui satu temubual di Melodi, Yusof Haslam tak dapat nak menahan dirinya dan telah menangis. 

Dari temubual itu, Yusof Haslam berkata memang hatinya luluh namun yang lebih terkesan ialah isterinya iaitu Datin Patimah yang amat kecewa dan lebih sedih hatinya. 

“Berbohonglah jika saya tak luluh hati, tapi ianya tak sama seperti isteri saya yang lebih luluh hatinya dan amat sedih.” 

“Ibunya berasa amat sedih dan kini sedang ada rasa marah lebih sedikitlah. Tapi saya tetap berpesan dengan Datin, kita doa yang terbaiklah.” 

Yusof Haslam menambah, jika ada sebarang isu selepas ini, adalah lebih baik anaknya itu memberi penjelasan dengan lebih jelas. 

“Harap jika ada sebarang isu yang timbul selepas ini, Syamsul akan tampil memberi kenyataan dengan sejelas jelasnya dan kena bertanggungjawab.” 

Yusof juga menasihati anaknya itu agar kena bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. 

“Jika mereka tak ada jodoh, saya harap itu tak berlaku, Syamsul sebagai seorang suami, harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri, Puteri Sarah, dan anak-anaknya. BUkan hanya bagi wang semata, banyak benda lain.” 

Kemudian ketika berbicara tentang takdir dan juga apa yang dah terjadi, Datuk Yusof Haslam tak dapat menahan sebak dan terus saja mengalirkan air matanya. 

Ini video penuh dan juga tangisan dari seorang bapa bernama Datuk Yusof Haslam. 

video penuh di sini : https://fb.watch/hWkLIOE8Da/

Yusof Haslam terus memberi ucapan kepada Syamsul dan mahukannya terus menjalankan tanggungjawab.

“Suami harus menjaga perasaan isteri dan juga isteri kena jaga perasaan suami. Suami itu imam dalam keluarga. Kalau dah buat kesilapan kena mengaku.”

Semoga Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah serta Puteri Sarah Liyana akan terus tabah dengan segala apa yang terjadi ini.