Bella Astillah akhirnya dedah mesej Sophia Albarakbah

27,447 views

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akhirnya mendedahkan mesej dari pelakon yang dikatakan cuba mendekati suaminya iaitu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. 

Bella berbuat sedemikian menerusi satu posting di laman media miliknya petang tadi. 

Dari nama yang tertera, jelas kelihatan pelakon wanita itu ialah Sophia Albarakbah, yang berganding dengan suaminya dalam satu drama arahan Osman Ali. 

Mesej whatsapp dari Sophia itu menunjukkan perbualan antara pelakon berkenaan dengan Bella Astillah. 

Antaranya ialah dia mengaku kesilapannya serta mengatakan dia tak akan mengganggu Aliff Aziz lagi. 

Malah Sophia juga telah memohon maaf dari Bella. 

“Minta maaf Bella, maafkanlah saya, apa yang saya boleh buat untuk Bella. Beritahu pada saya. Saya nak tebus semula. Tolong.” 

Dalam pada itu, Bella juga mendedahkan bahawa Sophia meminta agar hal ini tidak diberitahu kepada umum dan juga ibu bapanya. 

“Cakap love semua tu, tak sengaja, mana ibu bapa kamu, saya nak jumpa. Atau saya akan post kat IG.” 

Sophia kemudian memberi mesej kepada Bella dan terus merayu. 

“Please, jangan beritahu pada ibu bapa saya, mereka dah berumur nanti ada isu pada jantung pula, boleh jumpa saya, saya merayu sangat.” 

Bella Astillah juga muatnaik satu caption dan mempersoalkan tindakan Sophia yang lari dari buat sidang akhbar. 

“Mengapa tadi lari? Mengapa tidak datang kat press conference?”  

“Kepada mereka yang cakap saya hanya buat cerita, saya maafkan awak. Tapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.”  

“Mengapa saya berani buat statement kerana ianya memang sahih. Saya tak ada plan nak buat statement tetapi bila saya tengok Sophia beri statement hari ini konon tak nak involve satu malaysia. Ini baru sepuluh peratus saja.” 

Ini pula kenyataan dari Sophia:

Pada petang tadi, suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz buat kenyataan dan mengesahkan bahawa Sophia Albarakbah merupakan pelakon wanita yang dimaksudkan Bella dan selepas ini tak akan berlakon bersama lagi.