“Tak pandang harta, status bekas suami” Nora Danish

472 views

Sudah dua kali pelakon Nora Danish berkahwin namun kedua duanya berakhir dengan perpisahan. 

Bekas suami Nora Danish yang pertama ialah Jejai, manakala yang kedua pula ialah Nedim. Dua bekas suaminya itu boleh dikatakan orang yang berharta. 

Melihat status bekas suami, Nora bagaimanapun menafikan dirinya seorang yang materialistik dalam memilih suami. 

Pelakon berumur 42 tahun ini berkata, dia tak pernah memandang status mahupun harta ketika berkahwin dengan suaminya. 

Jelasnya, apa yang menarik hatinya untuk berkahwin ialah perwatakan mereka.  

“Apabila dilihat perjalanan hidup saya, kelihatan bagaikan saya memilih status. Sebabnya tengoklah siapa bekas suami pertama dan kedua saya.” 

“Namun sebenarnya sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa saja.” 

“Tapi perwatakan mereka, bekas suami, itu yang buat saya tertarik.” 

Kata Nora lagi, kedua dua bekas suami yang melamar dirinya dan dia sendiri tidaklah memilih. 

“Dua-dua bekas suami saya yang ajak saya untuk kahwin, bukannya saya.”  

“Tak pernah saya ada kriteria untuk memilih, tak ada, ianya datang sendiri.” 

Sepanjang berkahwin, Nora Danish juga berkata, dia juga tak pernah berharap dengan duit atau wang dari bekas suaminya. 

Nora lebih selesa berbelanja hasil titik peluh sendiri.  

“Kedua-dua bekas suami saya pun boleh bersetuju baahwa satu sen pun tak pernah meminta dari mereka.” 

“Sebab sejak kecil ibu saya ajar saya untuk jangan nak meminta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan hasil pendapatan saya sendiri.” 

Itulah komen dari Nora Danish tentang bekas suaminya iaitu Jejai dan juga Nedim. 

Untuk info, bekas suami Nora Danish iaitu Jejai merupakan anak kepada Tan Sri Ramli Ngah Taib yang juga bekas Menteri Perak manakala Nedim pula merupakan anak kepada Tan Sri Nazri yang merupakan bekas Menteri Pelancongan yang kini duta Malaysia di Amerika Syarikat.