Riena Diana dilabel gagal sebagai pengacara ABPBH, ini reaksinya

2,330 views

Riena Diana bersama sama Didie Alias dan Haniff Hamzah telah menjadi pengacara atau host untuk majlis anugerah Bintang Popular edisi ke 36 atau ABPBH 36 pada hujung minggu lalu. 

Pelakon yang terkenal dengan drama Kampung People itu, pertama kali menjadi pengacara di pentas yang besar. 

Ini merupakan peluang yang paling baik untuk menampilkan kebolehannya sebagai seorang pengacara. 

Namun begitu, di laman media, peranan Riena sebagai host pada malam itu dilabel sebgai gagal dan tidak berjaya. 

Rata-rata memberi komen yang kurang baik terhadap Riena Diana. 

Menerusi satu sesi siaran langsung di laman media miliknya, Riena akui tak semua orang suka dengan dirinya. 

Katanya, dia tak ada terasa hati atau ambil hati dengan pelbagai komen kurang baik dari para penonton ketika menajdi pengacara ABPBH.  

Pelakon berumur 27 tahun ini menyatakan, bergelar host untuk majlis yang agak besar ini merupakan satu perkara baru buat dirinya dan akan terus baiki segala kelemahannya. 

Ini komennya.  

“Untuk semua atau sesiapa saja yang memberi kecaman pada saya, kata saya tak best, tak mengapa.”  

“Saya tak ada ambil hati pun, sebab saya percaya tidak semua akan suka apa saya lakukan.” 

“Nenek saya cakap, kalau tak boleh terima kecaman jangan jadi artis. Kepada yang suka saya syukur, alhamdulillah.” 

Riena menambah, kalau ada rezeki sebagai pengacara, dia akan beri yang lebih baik lagi. 

“Kalau tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Saya rasa tidak salah berikan peluang kepada orang baru untuk jadi pengacara ABPBH.” 

“Jikalau saya diberi peluang lagi selepas ini, mungkin saya akan jadi yang lebih baik.” 

Tambah Riena lagi, semua pengacara termasuk dirinya, Didie Alias dan Haniff Hamzah dan memberi yang paling baik untuk malam itu. 

“Sampai bila saya tak cuba sesuatu yang baru kan. Saya pun dah buat yang terbaik.” 

Itulah komen dari Riena Diana sebagai pengacara ABPBH 36.