Setelah lama berdiam diri, akhirnya ini kenyataan terkini dari View Chin “Ujian berat buat saya”

146,942 views

Setelah beberapa hari kisahnya menjadi tular, akhirnya influencer serta usahawan terkenal iaitu View Chin tampil menulis satu kenyataan di laman FB miliknya pada malam tadi, hari Isnin. 

Ekoran kisahnya dengan Mira yang didedahkan oleh bekas isteri, Shermine Hau atau lebih dikenali dengan nama Ah Moi, ianya ternayat menjejaskan perniagaan View Chin. 

Dari update status yang dimuatnaik, View Chin telah pun memohon maaf kepada semua kerana tidak memberi penjelasan berkenaan hal yang tular ini. 

Bagi View Chin, ini satu ujian yang terlalu berat kepada dirinya.  

“Saya mahu meminta maaf kepada semua kerana beberapa hari ini saya hanya ambil pendekatan berdiam diri. Saya tahu ini satu ujian yang teramat berat kepada saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran kalian semua.” 

“Kenyataan akan saya keluarkan secepat mungkin, beri saya masa untuk saya memperbetulkan semua keadaan yang terjadi.” 

Dalam pada itu, View Chin juga mendedahkan dia telah mengosongkan rumahnya dan berpindah. 

“Rumah saya dah kosong tanpa ada sebarang barang, semuanya telah pindahkan.”  

“Pelbagai kerja saya kena selesaikan kepada seller dan semua brand barangan juga ada bertanya tentang hal yang telah viral itu.” 

“Mereka juga ada meminta wang mereka untuk dipulangkan semula.” 

“Saya kena jawab satu per satu kepada setiap seller dan pulangkan semual wang mereka. Saya mahu selesaikan dulu tanggungjawab saya.” 

Jelas View Chin, apa yang terjadi ini membuatkan perniagaannya langsung tak berjalan dan staf serta pekerjanya juga telah diganggu. 

“Hal yang menimpa ini sehinggakan business saya langsung tak dapat dijalankan lagi.”  

“Kedai saya dikacau oleh orang ramai dan ini juga termasuklah staff saya, semua kena ganggu.” 

“Sila beri saya sedikit masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua mahu tahu, saya akan memberi jawapannya.” 

View Chin juga telah muatnaik beberapa foto menunjukkan rumahnya telah kosong dan berpindah. 

Ini sedikit photo serta kenyataan dari View Chin. 

Sehingga kini, ramai yang masih tidak berpuashati dengan isu yang melanda View Chin dengan pekerja bernama Mira setelah didedahkan oleh bekas isterinya, Shermine Hau atau Ah Moi.