“Sampai di sini saja hubungan kami” Zulin Aziz umum berpisah dengan suami

20,513 views

Pelakon, pengacara terkenal Zulin Aziz kini telah membuat pengumuman bahawa dirinya sudah berpisah dengan suaminya iaitu Farhan Norzaini. 

Hal ini diumumkan oleh Zulin Aziz menerusi satu entry di laman Instagram miliknya pagi tadi. 

Zulin memuatnaik gambar bersama Farhan Norzaini dan menulis caption yang menjelaskan punca perpisahan mereka.

Jelas Zulin, dia dan Farhan sudah tiada lagi persefahaman. 

Ini caption yang ditulis oleh Zulin Aziz. 

“Mungkin sampai di sini sahajalah kisah kami berdua. Tak ada lagi persefahaman.” 

“Semoga yang baik-baik saja untuk masa akan datang, dengan izin dari Illahi, masa akan memberi kesembuhan semuanya. Terima kasih untuk segalanya, jaga diri.” 

Selain itu, Zulin Aziz juga ada membuat satu Ig story yang mengatakan ketika ini dia sudah pun pulang ke pangkuan keluarganya. 

“Saya bersama keluarga saya sekarang, beri saya ruang dan juga waktu.” 

“Minta kalian semua dapat berdoa, agar kami dapat bawa haluan kami masing-masing dan jalani kehidupan yang lebih baik.” 

Selain itu, Zulin juga menafikan bahawa ini semua satu gimik dan mengatakan ianya perbuatan yang tak berfaedah untuk buat gimik dengan isu sebegini. 

“Hanya content, untuk apa? Saya tiada lagu atau tak ada pun sebarang produk nak dikeluarkan.” 

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan artis terkejut dengan berita dari Zulin Aziz ini. 

Pasangan ini baru saja setahun lebih mendirikan rumah tangga. Zulin Aziz dan Farhan Norzaini bernikah pada bulan Februari tahun 2022. 

Zulin Aziz dan juga Farhan Norzaini merupakan business partner dan telah bersama sama berniaga pelbagai jenis produk sebelum ini, antaranya ialah sambal. 

Selain dari kenyataan dari Zulin Aziz, sehingga kini masih lagi tiada sebarnag kenyataan dari pihak Farhan Norzaini tentang kisah rumah tangganya itu.