Angah Raja Lawak rakam kereta mewah dipandu Jep Sepahtu, smart betul!

36,449 views

Antara pelawak paling terkenal di Malaysia ketika ini ialah Jep Sepahtu. Rancangannya Sepahtu Reunion merupakan rancangan komedi paling dinanti ramai. 

Selain sebagai pelawak dan pelakon, Jep juga sudah pun menceburi satu lagi bidang baru dalam dunia seni. 

Kini Jep Sepahtu merupakan penyampai radio Sinar FM, bersama rakannya Rahim, Angah Raja Lawak dan juga Siti Elizad. 

Mereka berempat ini telah mengendalikan segmen di waktu pagi di siaran radio Sinar FM dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. 

Semalam, rakannya di konti iaitu Angah Raja Lawak telah muatnaik satu video yang menjadi perhatian ramai. 

Angah merakam Jep Sepahtu yang sedang menuju ke keretanya dan memandu pergi dari kawasan parking. 

Apa yang menarik perhatian ialah kereta yang dipandu oleh Jep Sepahtu. 

Kereta berkenaan ialah kereta jenis mewah, Bentley berwarna hitam. 

Ini caption dari Angah. “Nasib baik tak serempak dengan CEO, baru nak buat pinjaman.” 

Dari carian, kereta yang dipandu oleh Jep Sepahtu, atau nama penuhnya Nadzri Zainal Abidin, boleh mencecah sehingga setengah juta nilainya. 

Jep Sepahtu sememangnya diketahui sebagai seorang yang amat jarang menunjukkan kemewahan di khalayak umum. 

Ternyata Jep seorang yang amat berjaya dan dah pun mampu memiliki kereta mewah Bentley. 

Jep Sepahtu telah pun mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti pada tahun 2017. 

Sejak berkahwin, pasangan ini dikurniakan tiga ornag anak, iaitu Inara, Khidir dan juga Abu Bakar. 

Sari Yanti juga mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinnya yang terdahulu. 

Tahniah buat Jep Sepahtu yang dah pun mampu memiliki kereta seumpama Bentley ini. 

Semoga kereta Jep Sepahtu ini akan menjadikan pemangkin buat orang lain untuk turut sukses dalam segala bidang yang diceburi.