Kekasih hati kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pengacara Ubai, telah pun selamat jalani satu pembedahan di bahagian kepalanya pada minggu lalu.
Pembedahan itu di lakukan untuk membuang ketumbuhan yang ada di bahagian kepalanya.
Ubai kini dalam proses untuk pulih sepenuhnya dan sedang berehat sejak dibedah pada 12 Mei baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Ig story, Shila Amzah berharap semua orang dapat mendoakan kesihatan Ubai.
Shila juga bersyukur kerana Ubai tidak alami komplikasi lain seperti hilang ingatan selepas pembedahan.
“Sama-sama semua untuk mendoakan sayang saya ini cepat sembuh. Nasib baik dia tidak hilang ingatan selepas jalani pembedahan hari itu.”
Sementara itu, Shila juga merakamkan keadaan terkini Ubai yang sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya.
Tambah Shila Amzah lagi, sebenarnya Ubai masih lagi belum pulih sepenuhnya.
Ini kerana Ubai juga telah alami ketumbuhan di bahagian matanya. Jelas Shila, ketumbuhan itu merupakan jenis cyst yang sudah menular ke mata Ubai.
Kata Shila lagi, ketumbuhan berkenaan menyebabkan mata Ubai telah senget sebelah.
“Dalam matanya yang dah senget sebelah tu pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia.”
“Mata dia itu ada cyst tahu tak. Selepas ketumbuhan dikesan di belakang bahagian otaknya, sekarang ni dah ada berdekatan di bahagian mata pula.”
Itulah sedikit update tentang ketumbuhan yang dialami oleh Ubai dari Shila Amzah.
Ubai sebelum ini akui telah mula mengetahui dirinya mengalami ketumbuhan di belakang kepala sejak tiga tahun yang lalu.
Hanya baru-baru ini, ketumbuhan Ubai itu dilihat semakin membesar dan pihak doktor memberi cadangan lebih baik melakukan pembedahan sebelum ianya semakin membesar dan merebak.