Dato Red akui tinggal, tidur dalam kereta saja buat masa sekarang ni

514 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu yang lebih dikenali dengan nama Dato Red telah pun berpisah dengan dua-dua isterinya iaitu Datin Red dan juga penyanyi Adira. 

Sejak berpisah, Dato Red dilihat cuba kembali bangkit setelah pelbagai dugaan menimpa termasuklah diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu, ditambah lagi dengan kegagalan perkahwinannya. 

Antara usaha untuk bangkit, beliau menjinakkan diri dalam dunia perniagaan secara online. 

Melalui sesi live, Dato Red menjual produk keluarannya. 

Ramai yang perasan, Dato Red dilihat banyak menghabiskan masanya ketika di sesi live di dalam kereta saja. 

Rupanya, memang benarlah Dato Red tinggal dan tidur di dalam kereta ketika ini. 

Melihat keadaannya itu, ada juga yang mempelawanya untuk diberikan tempat tinggal, namun katanya, dia tak mahu menyusahkan sesiapa.  

“Saya cuma mahu membiasakan diri, penceraian pun baru berlaku. Ini merupakan satu proses pembelajaran buat saya. Saya selesa tinggal dalam kereta.”  

“Banyak mesej yang saya dapat, ada yang nak beri tumpang rumah dan tempat tinggal. Bukannya saya tak mahu, tetapi saya tak mahulah menyusahkan sesiapa.” 

Katanya lagi, orang ramai tak perlulah bimbang dengan keadaan dirinya ketika ini. 

Jelasnya, dia pun sudah sewa sebuah bilik sebagai tempat tinggal dan juga tempat untuk mulakan business nya itu.   

Namun ketika ini, tempat berkenaan sedang diubah suai, maka dia terpaksa tidur dan tinggal di dalam kereta saja.  

“Syukur saya masih diberi kesihatan yang amat baik. Saya pun selesa sebegini. Janganlah risaukan saya.” 

Baru-baru ini, Dato Red ada melancarkan produk keluarannya iaitu kopi, serta perfume dan ianya dilakukan hanya di dalam kereta saja. 

Bekas isterinya iaitu Adira ada menjemput Dato Red untuk membuat video live di studio milik Adira. 

Untuk info, Dato Red melafazkan talak terhadap Adira pada bulan April, manakala, sah berpisah dengan Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila pada minggu lalu.