Kembali bersama Engku Emran, ini jawapan dari Erra Fazira

1,004 views

Sudahlah cantik, bakat yang dimilikinya juga amat besar sehingga pernah mencetuskan fenomena tersendiri.  

Hebat berlakon, bersuara merdu, itulah dia orangnya, Fazira Wan Chek atau lebih dikenali dengan nama Erra Fazira. 

Tahun ini usia Erra Fazira dah pun masuk ke umur 50 tahun, namun statusnya masih lagi single setelah berpisah dengan Engku Emran. 

Sudah 10 tahun hidup secara solo, Erra Fazira sering ditanya tentang jodoh, maklumlah orangnya masih lagi maintain cantik. 

Beberapa bulan yang lalu, sempena hari kelahiran anaknya, Engku Aleesya, Erra Fazira ada menyambut hari jadi anak bersama bekas suami. 

Sejak itu, ada juga yang tampil memberi komen mendoakan agar hubungannya dengan Engku Emran akan kembali bertaut. 

Menjawab doa-doa yang banyak diberikan, Erra berkata, walaupun hubungan agak baik, namun dia tak memikirkan ke arah itu, dan hanya serahkan kepada takdir yang tertulis buatnya.   

“Semua insan di dunia ini ada cerita masing-masing, kita mahu bercakap tentang perkara ini tetapi jika Allah dah aturkan untuk perkara lain, susah juga. Oleh itu saya tak memandang ke arah itu.” 

“Saya percaya Allah aturkan sekiranya itulah takdirnya, siapa saya nak menolaknya, namun begitu saya tak pun melihat ke arah itu.”  

“Untuk masa sekarang ini, saya memang bahagia.” 

“Orang ada sepuluh mulut dan sepuluh bunyi tapi kita tahu kalau ada sepuluh bunyi ni pun, ianya akan kalah dengan satu ketentuan dari Illahi.” 

Jelas Erra Fazira lagi, dia sedang kecapi rasa tenang dan amat bahagia. 

Pelakon dan penyanyi ini juga lebih mementingkan fasa ketenangan ini berbanding hal lain.  

“Syukur alhamdulillah, Allah beri nikmat untuk rasa tenang dan bahagia.” 

“Sekarang, apa yang dicari hanyalah ketenangan hidup. Wang ringgit boleh dicari, kalau duit banyak tetapi tiada ketenangan dan kedamaian pun tiada gunanya.” 

“Doakan yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat, saya menghargainya.” 

Erra kemudian disoal sama ada dirinya sudah trauma untuk kembali berumah tangga kerana pernah gagal sebelum ini. 

Ini jawapan dari pelakon Sembilu ini.  

“Bukanlah trauma namun lebih kepada berhati-hati.”  

“Dalam mahu berhati-hati ini pun kadang terbabas juga. Oleh itu tak fikir banyak sangatlah.” 

“Jika Allah ada gerakkan, maka jadilah, jika tak, tidak mengapa.”  

“Dah tentu pengalaman mengajar kita, dan mematangkan diri. Apapun itu bukan penghalang untuk kita melangkah ke depan.” 

Untuk info, Erra Fazira pernah berkahwin dua kali, yang pertama dengan Yusry KRu dan yang kedua dengan Engku Emran.