Founder kosmetik dedah suami jalin hubungan dengan pembantu rumah

2,215 views

Seorang ahli perniagaan terkenal yang merupakan seorang founder produk cosmetic dan beauty, iaitu Fenny Frans, telah mendedahkan suaminya berlaku curang terhadapnya. 

Pendedahan ini menjadi tular kerana, suaminya itu telah berlaku curang dengan seorang pekerja iaitu pembantu rumahnya. 

Fenny, yang amat terkenal di Makassar, Indonesia, membuat pendedahan berkenaan melalui laman media sosial miliknya. 

Semuanya terbongkar apabila pembantu rumah berkenaan, yang bernama Mamli, telah cuba mencuri sejumlah wang kira-kira 700juta Rupiah bersamaan dengan lebih kurang RM200ribu. 

Ketika ditanya mengapa berbuat berkenaan, Mamli berkata, dia geram kerana hasil hubungan dengan suami Frans dilihat tidak mendatangkan hasil. 

Rupa rupanya, pembantu rumah dan suaminya itu dah lama menjalinkan hubungan, di saat Frans sibuk bekerja untuk menyara keluarganya. 

Ada juga banyak bukti dan paling jelas ialah rakaman CCTV. 

Fenny juga mendedahkan, kira-kira 12 tahun yang lalu, suaminya juga pernah terjebak dengan isu curang, dan kali ini ianya berulang lagi. 

“Kisah yang terjadi 12 tahun lepas berulang lagi, walaupun berpisah ketika itu, namun ianya tak mengubah sikap buruk suami.” 

“Mereka berlaku curang di rumah, di setiap sisi rumahku. Mereka juga bersama di katil saya.” 

“Saya terlalu bodoh untuk beri kepercayaan kepada suami.” 

“Suami saya tahu betapa saya sayang dan cintakan dia, namun kali ini saya akan kuat kerana perbuatan mereka melampaui batas.” 

Dalam pada itu, tular juga wajah pembantu rumah bernama Mamli itu. 

Orang ramai ternyata berang melihat suaminya boleh tertarik hati dengan pembantu rumah berkenaan walhal mempunyai isteri yang cantik dan berjaya. 

Fenny Frans juga menyatakan, sebelum ini memang sudah ada amaran dari orang lain tentang sikap pembantu rumah berkenaan, namun ketika itu Frans hanya mengabaikannya. 

Kisah Fenny Frans ketika ini masih lagi hangat menjadi topik bualan di negara jiran, Indonesia.