Hisyam Hamid sah sudah bercerai

674 views

Pelakon terkenal Hisyam Hamid akhirnya membuka mulut tentang status perkahwinannya. 

20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Hisyam mengakui dia dan Rosmawati Hanafi telah pun bercerai. 

“Kami rasa jalan terbaik ialah untuk kami berdua tak lagi bergelar suami isteri.” 

Hisyam bagaimanapun tidak mahu mendedahkan dan memperincikan lebih lanjut tentang punca perkahwinannya itu terlerai. 

Kata pelakon berumur 39 tahun ini, sampai sekarang, hubungan antara dirinya dan bekas isteri masih lagi baik sebagai kawan. 

“Saya tak nak kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami ianya memusnahkan hubungan ini.” 

“Kami fokus untuk move on. Masing-masing dah pun membawa haluan sendiri.”  

“Yang paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak kami.”  

“Mereka juga berada di bawah penjagaan saya.” 

Tambah Hisyam lagi, bekas isterinya itu yang lebih dikenali sebagai Mel, masih kekal sebagai manager untuk dirinya. 

Setiap hari mereka berdua masih lagi berkomunikasi dengan baik.  

“Tak ada yang salah untuk kami meneruskannya demi anak-anak. Apa yang berlaku dah terjadi.”  

“Buat masa ni kami selesa sebagai kawan, kalau lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan tentukannya.” 

“Akhirnya dia tetap ibu kepada anak-anak saya.”  

“Dah hampir 20 tahun kami bersama, tak semuanya buruk dan hal yang tak baik saja. Banyak perkara yang baik dan positif yang kami lalui.” 

“Dia lahirkan dua zuriat saya, itu satu pengorbanan besar. Saya hargai dan hormat dirinya.”  

Maka terjawab sudah status rumah tangga pelakon ini. 

Hisyam Hamid sebelum ini telah bernikah dengan Rosmawati pada tahun 2006 dan dikurniakan dua orang anak yang kini sudah pun remaja, seorang berumur 17 tahun, yang bongsu berumur 15 tahun.